Quantcast
Channel: YaNa YassiN
Viewing all 384 articles
Browse latest View live

Blogger & Karot Komedia X

$
0
0


Assalammualaikum,

Weeee ~~ apa korang buat weekend nie. YY tadi sempat lah join kengkawan blogger ker Rakaman Karot Komedia X musim ke – 2 . Takde benda nak buat kat rumah, so menerjah ke astro lah kita.


Karot Komedia X106
@Astro


Ramai jugak kengkawan blogger yang join. Karot Komedia X musim baru nie di buat secara rakaman untuk setahun punya episod. Terbaik kan. Memang lawak pelawak – pelawak nie spontan. Boleh buat berdarah tekak uolss.



Karot Komedia X105
Antara blogger yang hadir.



Karot Komedia X103


Bersama adik Lyssa Faizureen, antara blog yang YY banyak belajar tutorial masa memula nak buat Blog dulu. Terima Kasih banyak di atas segala tunjuk ajar melalui tutorial kat blog Lyssa. Memang berguna habis. Kecil Molek jer diaaa, ramah dan x sombong tau.



Karot Komedia X109
Peneman wajib YY, dah macam PA pulok setiap kali YY ke event. Tq Angah Nanie, sayaaaaaang angah ketat-ketat.



Rakaman dalam 1 jam lebih gak aaarr, sampai kering-kering tekak. Di tambah dengan kelaparan. Maklum lah, x lunch dah masuk studio. Bila time rest kan, ada lah sorang mamat nie akan buat – buat lawak, then kenakan orang. Sekali dia boleh panggil Blogger Ben Ashaari tuk di interbiu dan di kenakan. Sekali dia yang terkena laah. Apa kata korang layan video niee.



Karot Komedia X128Karot Komedia X129






Karot Komedia X121Karot Komedia X126
Bila Waktu rehaaat. CamWhore lah . Apa lagi kan.



Nadot , Cik Nurul , Deq Nor , YY dan Kid

Selesai di Astro, YY dan Angah Nanie mencari destinasi untuk menternak lemak dan mencari penyelesaian untuk tekak yang kehausan. Fuhh !! destinasi nyer adalah ke Bandar Sunway dan melantak Steamboat. Puas hati sesangat. Balik rumah boleh senyum gembira weekend dihabis kan dengan aktiviti happy-happy.



Karot Komedia X144

Sekian,

P/S : Buat apa sedih – sedih, sebab hidup nie terlalu singkat.
Life Is To Short to Be Unhhappy.






ROJAK BOX selera Fara Fauzana

$
0
0
Assalammualaikum,

Weee ~~ nak citer ngan korang nie. Korang tahu tak Fara Fauzana , alah xkan korang x kenal Fara Fauzana yang penyampai radio kat Hot Fm tuee. Baru – baru nie YY di jemput ke aktiviti lepaking dengan Fara Fauzana di Kl Central. YY dengan blur nyer, igtkan aktiviti lepak, borak2 jer ngan Fara, rupa – rupa nya Fara nak belanja Rojak uolss.


Baru lah YY tahu yang Fara Fauzana sekarang dah buka kedai Rojak di Kl Central, yang di beri nama ROJAK BOX. Giler meriah dengan follower twitter dan Instgram Fafau yang teringin sangat nak merasa ROJAK BOX free dari Fafau. Nak dapat ROJAK, diorang kena bisik kata laluan kat Fafau tau, kata laluan nya ROJAK BOX BOX BOX.


Rojak Box Fara Fauzana113
Fafau layan peminat yang berjaya dapat bisikan kata laluan.


Rojak Box Fara Fauzana107Rojak Box Fara Fauzana108
Camwhore dulu dengan Fafau


Sesampai jer YY, Fafau suh YY lepak dulu. Sebab geng media lain x sampai lagi. Hurrmm, kitaorang duk lepak n borak kat kedai sebelah ROJAK BOX. Makan Rojak di Le Cucur. Sedaaap jugak ROJAK BOX nie. Makanan kegemaran Fafau dah jd sumber rezeki terbaru untuk Fafau sekarang. Memang terbaik lah. Baru di buka seminggu, tapi sambutan amat menggalakkan.


Rojak Box Fara Fauzana116

Rojak Box Fara Fauzana118Rojak Box Fara Fauzana119
Sessi lepak dan boraking

So, korang kalau nak rasa ROJAK dari ROJAK BOX. Boleh terjah KL Central. Alah sebelah jer dengan Cha Time. Bebetul kat lorang nak menghala ke Maybank. Sebelah dengan Rasa Mas. Harga rojak regular cuma RM6.90 dan Rojak Sotong RM7.90. Makan rojak dengan Cha Time, slurrrrpppp dap nyaa.


Rojak Box Fara Fauzana128
Sempat Fafau tuko baju sebab ada photoshoot majalah.


Terima Kasih lah Fafau belanja makan Rojak Box dengan Cha Time. Seronok borak – borak dan kekenal dengan media main stream nie. Segan tau, sebab YY sengsorang jer blogger yang lain tue dari surat khabar n majalah.

Rojak Box Fara Fauzana125Rojak Box Fara Fauzana134

With Jaja, peminat setia Fafau




Haaaa, Apa kata korang layan video pesanan dari Fafau tuk korang semua penerjah blog YY. Korang memang ohsem.






P/S : Kalau bab makan, sape boleh tolak kan.




Main Masak - Masak

$
0
0

Assalammualaikum,


Salam Rabu uolsss , semalam kan YY gigih tau masak spagetti versi tekak melayu , sebab YY bosan nak makan nasi . So balik keje menyinggah kedai jap beli bahan yang x cukup . Macam daging cincang dan tomato puri memang dah ada kat rumah.






Masak punya masak , akhirnya siap lah Spagetti Melayu hasil belasahan resepi YY . Korang nak resepi ke ??? Segan lah pulok , sebab macam termasin lah . Ada orang kata klu masak termasin nk kawin , Eh Yeke ??? Haahahaha , memang nak kawin pun #opsss !!!!










Cara - cara masak spagetti tekak melayu :

Mula-mula tumis bawang merah dan bawang putih.

Dah garing bawang masuk kan cili kering yang di kisar .

Kemudian masuk kan daging cincang , masuk air sikit tunggu daging agak masak.

Baru masuk kan tomato puri , kemudian masuk kan cendawan yg dah di potong kekechik .

Masuk garam n gula sikit .

Siaaaaaap.


Boleh di makan , bahan x banyak sgt . So , itu ajer yg terhasil . Jangan lupa spagetti nyeer , kang kuah ada , spaggeti nyer xde pulok .







P/S : bila update guna phone macam tungganglanggang jerrrk.



Canggih rumah dia :)

$
0
0
Assalammualaikum,

Waaah korang. Punya gigih YY duk citer pasal main masak – masak , tapi yang korang perasan kisah masin tue yerr. Aduyaaai, korang doakan yang terbaik dan berjalan lancar jer lah ek. ( buat mana yang x tau citer, baik korang terjah SINI. baru korang tau kisah sebenar ).


IMG_7130
Happy memasak bersama MILO




Eh, bebel pulok. YY cuma nak share dengan korang video yang sangat menarik nie. Serius, kalau lah dapat rumah cam dalam video nie, banyak penjimatan ruang tau. Sangat interesting. Ce korang layan Video nie dulu, mesti korang pun teruja cam YY tau. Ke YY yang baru pasan video nie, padahal orang lain dah tau lama dah. Muhahahhaha, ketinggalan sungguh.






P/S : Apa pendapat korang Smile






Mari Berbadminton , Jom sokong Axiata Cup | Malaysia Boleh

$
0
0

Assalammualaikum,

Sape sini suka bersukan ?? Korang suka sukan apa eh. Meh sini YY nak strory sukan yang YY suka nak buat. OhYeaaaah, haruslah badminton. Iyerr, percaya lah. YY suka sangat main badminton.

Sebab??

Sukan badminton nie macam senang nak main, then peluh keluar mencurah - curah.


So, bebaru nie YY dengan beberapa geng Blogger sesaja lah santai kan diri di Tasik Titiwangsa untuk berbadminton . Dan Misi adalah berjaya. Meh korang layan gambor kitaorang sakan bersukan tapi lebih banyak bergelak ketawa dari bersukan uolsss.


Sebelum bersukan, mari lah kita makan. Ibarat macam berkelah pulok. YY bawak makanan , Ruby Bawak Jajan dan Bro bawak Air. Lengkap lah sessi berkelah sebelum berbadminton kitaorang.


Meriah kan.


Jom makan duluuuuuu



Diantara Blogger yang ada Ruby dan Naim , Bro Framestone dan Iera Kan dan juga Anis Athia. Memasing excited , so bermula lah sessi berbadminton.






Nampak tak muka excited memasing. Kami berbadminton adalah kerana nak menyokong Axiata Cup yang akan berlangsung tak lama lagi di Jakarta. 


Next Time nak buat aktiviti camginie lagi. So,... Jom korang kita bersukan.





Eh, Jap,.. Jap.


Meh nak terang cara korang nak join contest di axiatacup.tv . 



1. Memula korang boleh create satu video mengikut hasil kreativiti korang. Boleh buat kelakar ke ? pelik ke ? yang penting kreatif lah.


2. Bila dah siap edit cun - cun video korang tue, then boleh submit ke axitacup.tv.


3. So, bila dah submit korang akan di beri masa untuk mendapat LIKE terbanyak tuk video korang tue.





Boleh ke www.youtube.com/user/axiata untuk maklumat lanjut.






P/S : Majulah sukan untuk negara.












MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

$
0
0
Assalammualaikum,

Weee , Lama nya YY x join GA. Kali nie nak sokong GA dari Mak Dara a.k.a Kak Adza si penulis skrip hebat. Hadiah banyak tueee, mana tau kot sangkut 1 kan. Cuba Luck, sama cam tajuk tuee.



Jom kita memenuhi Syarat GA.

1. Follow Blog Bicara Mak Dara – DONE lama dah follow
2. Buat entri dengan Tajuk “Malaysia’s Next Top Lucky Blogger by Mak Dara – DONE
3. Masukkan Banner dan Link ke entri GA – DONE
4. Copy Paste senarai penaja – DONE
5. Tag 3 Orang Rakan – DONE


SENARAI PENAJA.




TAG :





P/S : Moga ada tuah, AMIN.

Selamat Pengantin Baru Zul & Ayu

$
0
0

Assalammualaikum,

Wuhuuu, sebelum YY berlayar di buai mimpi nak citer yang tadi pepagi YY dah ke Melaka menghadiri Majlis Perkahwinan rakan sekerja ( duduk sebelah jer kat opis ) . Nikah nya semalam lepas Asar, dan hari nie Majlis Sanding di belah perempuan, walaupun kawan YY nie lelaki, tapi bila Majlis lelaki akan di adakan pada Khamis nie di Kedah, adalah hari bekerja so YY dan kengkawan se opis ke Melaka jer, dekat lah sikit.


Ole-Ole dari Melaka yang YY baru lepas belasah, tebal bibir sebab kepedasan.



Kebetulan Ayu si pengantin perempuan turut berkerja di tempat yang sama dengan we all cuma seksyen jer berlainan. Kalau ikut sejarah perkenalan diorang nie, x sampai pun setahun diorang kawan, sudah di ijab qabul kan. Memang benar- benar kalau dah jodoh kan. Tahniah Zul, dalam diam – diam jer hang kan ( Zul nie memang pendiam giler kat opis ). Dan dedengarnya Ayu nie pun pendiam gak, Haaisshh camne lah korang duk kenal dan bercinta kan. Muhahahha, tetiba musykil tapi memang berbalik pada kalau dah jodoh kan.



IMG_2505
Buat Tatapan semua yang tak sempat Hadir.


IMG_2491
Pengantin bersanding, Tema Pink uolssss


IMG_2487
Senyum Lebar ko Zul kan, Huntunglah lepas nie ada orang jaga Smile



IMG_2500
YY yang comot kepanasan dengan Perantin dan geng hijau seopis.



Kidnap Pengantin jap sebelum dia bersiap. Ce teka sape masih Bujang .


Layan Video Nyanyian Johar masa Wedding Zul. Johar nie memang x leh jumpa mic, memang nak nyanyi sesaje.



Rakam Sikit jer, xde alasan nape rakam sikit. :)



Tahniah Zul, Moga lepas nie hang bekerja dengan lebih cemerlang ya. Maklum arrr tak yah nak pepening fikir hal kawin lagi, sebab dah jadi suami kepada Ayu pung. Yerr arr, hilang focus hang kan sebab asik duk fikir hal- hal yang x beres. Kita doakan hang bahagia hingga hujung nyawa, cecepat dapatkan junior geng hijau. Mana tau boleh berjemaah dengan Dja dan Dudah. Muhahhahaha, makin meriah lah geng hijau past niee. ( Jangan Tanya Geng Hijau tue apa Yaa, rahsia kerajaan tau. Hahhahaha ) #RahsiaLahSangat   #MemangRahsiaPun



P/S  : Asik pi wedding orang, bila kah turn diri ini Smile with tongue out





Selamat Hari Polis ke - 206

$
0
0


Assalammualaikum,

Wuhuuu, hari nie kalau korang nak tahu adalah Hari Polis. Sekarang PDRM telah menyambut Hari Polis yang ke-206 . Tahniah PDRM kerana telah menjadi anggota keselamatan yang terbaik di Malaysia. Biaq pi apa orang nak kata, memang lah kekadang ada jugak Polis yang buatr silap ( rasuah , pecah amanah , kebocoran maklumat ) tapi kan tak kan lah kita nak hukum satu PDRM di sebabkan kesalahan segelintir manusia yang tamak dan tidak reti bersyukur, Yer Daaak ??




Sebagai seorang yang sentiasa di keliling dengan anggota PDRM, YY dapat lihat sendiri susah senang nya diorang nie menjalankan tugas. Mulut hanya pandai berkata - kata, tapi seperti biasa lah Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pasukan PDRM tetap menjalankan tugas dengan sebaik mungkin walaupun kekadang bisa kata-kata boleh melemahkan semangat.


Kenangan 3 tahun dahulu, Tahniah diri sendiri. 


So, Tahniah PDRM dengan ulangtahun Hari Polis yang ke-206 . Moga menjadi anggota keselamatan yang cemerlang dan gemilang. Buat yang sedang bertugas di Sabah, harap semua selamat dan buat keluarga yang sentiasa risau dengan keselamatan anggoota keselamatan yang bertugas di perbatasan, bersabarlah. Setiap yang terjadi ada hikmah nya. 


Bersama KPN, Ce carikkk di manakah YY :P


Kenangan Manis diawal 2013 





P/S : Jangan fikir Negatif.








Review Filem Dua Kalimah | Sinopsis & Trailer

$
0
0

Assalammualaikum,


Dua Kalimah , Tajuk Filem yang bakal Menjengah Panggung pada 4 April 2013 terbitan MIG. Filem yang ke 72 MIG ini diarahkan oleh Eyra Rahman merupakan Filem ke – 2 beliau selepas Aku Terima Nikahnya. Filem yang berunsurkan Romantik Islamik nie di bintangi oleh pelakon hebat yang berbakat besar iaitu Shaheizy Sam , Nora Danish dan Yana Samsudin . Turut di bantu oleh Shima Anuar , Mikael Andre , Siti Aziz , Adiba Yunus dan Niezam Zaidi . Filem ini turut menampilkan pelakon yang berpengalaman seperti Wan Hanafi Su , Kartina Aziz , Rashidah Jaafar , Azlan Komeng , Kay Maria dan Ustaz Dini. Filem bercorak Islamik ini berlatar belakangkan keindahan dan kedamaian perkampungan persisiran Pantai di Kemaman, Terengganu.


Sinopsis :

Dua Kalimah mengisahkan sepasang kekasih Aiman (Sam) dan Selena (Nora) gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman, sepanjang perjalanan mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang yang berlainan dan melihat sendiri azab yang diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana semasa hayat si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Dua Kalimah MIG109Dua Kalimah MIG110
Saat Aiman akan menyambung pelajaran di Arab, meninggalkan kekasih hati Humaira.



Dua Kalimah MIG105
Dialog ketika ini yang buat YY agak tersentap.

“Jangan nak sibuk sebab aku memang ahli neraka”

Jangan lah kita di alami realiti ini mendoakan untuk menjadi ahli neraka, kerana neraka adalah tempat yang maha dahsyat.





Selena yang melihat sendiri kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat, malah dia sendiri berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawa Selena kembali ke jalan Allah namun mereka semakin terpesong akidahnya.


Dua Kalimah MIG107Dua Kalimah MIG114Dua Kalimah MIG116Dua Kalimah MIG120
Kematian yang di hadapi oleh Aiman, tetapi tetap tidak menginsafkan.



Dua Kalimah MIG108Dua Kalimah MIG121
Dua Kalimah MIG100Dua Kalimah MIG127
Kematian tidak mengenal usia, balasan Allah dengan setiap dosa itu pasti, kerana itu bertaubat lah.





Aiman yang masih cintakan Humaira, tidak mahu mengahwini Selena, namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.


Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman adalah anak kesayangan orang kampung oleh kerana akhlaknya yang baik.
Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad untuk menceritakan hal yang sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya Aiman bertindak mengugut Selena.




Dua Kalimah MIG131
Saat Aiman jatuh sakit ketika ingin melakukan ‘sesuatu’ pada Humaira.





Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas malah dia juga sukar untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.



Dua Kalimah MIG102


Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah untuk Aiman bertaubat atas segala dosa-dosanya? Adakah Selena masih setia untuk menanti Aiman menunaikan janjinya?




Trailer :



Review :
1. Filem yang YY rasa baik untuk di tonton , tahniah kepada pengarah sebab berjaya buat YY touching.

2. Massage yang nak di sampaikan dalam Filem  nie, mudah sangat dan korang boleh faham punya. Orang yang buat jahat pasti ada balasan dari Allah s.w.t.

3. Kagum YY bila scene mati dan pengurusan di tunjukan secara jelas, serius makeup tuk mayat memang menjadi , sampai teman yang duk sebelah YY dalam panggung tutup mata takut yaa.

4. Penghayatan lakonan watak utama, memang x leh dinafikan lagi, gandingan yang menjadi yaa.

5. Setiap babak yang berlaku, korang akan ada perasaan tertanya-tanya tau, sebab banyak kemungkinan boleh terjadi. Plus bila banyak scene renungan mata antara Aiman dan Selena yang membawa seribu persoalan.

6. Semua nampak ok dah, tapi bab ending jer yang YY tak berkenan sikit. Rasa boleh buat lagi tragis kot baru ngam dengan jalan citer. Ini pendapat YY lah, terpulang pada korang yang akan menonton nanti.


4.5 / 5 Bintang



**************************************************************


Gambar sekitar Malam Tayangan Ekslusif Filem Dua Kalimah.

Dua Kalimah MIG109Dua Kalimah MIG117Dua Kalimah MIG122Dua Kalimah MIG123Dua Kalimah MIG130Dua Kalimah MIG133Dua Kalimah MIG138Dua Kalimah MIG139Dua Kalimah MIG141
Kemeriahan di Malam Preview.


Dua Kalimah MIG500
Antara Pelakon Dua Kalimah yang hadir di malam Preview – Pict Credit to Fendy Ahmad



P/S : Apa yang terjadi dan berlaku di muka bumi ini adalah atas kehendak Allah







Passport to Italy | Taste Of Milan @Italiannies

$
0
0
Assalammualaikum,

Makan , sape x suka makan kan? Korang pernah tak makan kat Restoran Italiannies. Restoran yang berasaskan makanan Italy macam pasta or spaggeti. Walaupun duduk kat Malaysia, korang masih berpeluang merasa makanan berselerakan menu Italy di Restoran italiannies.



Italiannies makanan 501


Haaa, korang tau tak yang sekarang di Italiannies ada buat promotion Passport to Italy dengan menu istimewa yang memaparkan budaya yang unik makanan Milan yang terkenal termasuk risotto . Promosi ini berlangsung selama 2 bulan iaitu dari 15 February 2013 – 15 April 2013 . Kira bila korang makan dengan tempoh 2 bulan nie, korang berpeluang bercuti ke Italy. Tawaran yang menarik kan, makan pun boleh dapat pi bercuti PERCUMA.



Italiannies makanan 539
Taste Of Milan


Italiannies makanan 505

Complimentary dari Italiannies, roti homemade. Memang sedap dan lembut sangat. Di makan dengan Minyak Zaiton dan Cuka. Serius memang sedaaaap sangat.
Air Pineapple Manggo dan Banana Strawberry.



Untuk menambah keseronokan kepada kempen, Italiannies akan memberi sebanyak 8 hadiah mingguan minyak wangi Versace sepanjang tempoh promosi. Setiap pemenang mingguan akan berpeluang untuk memenangi perjalanan ke Italy untuk dua, bagi menikmati kepakaran yang lebih tradisional makanan Itali dan budayanya.



Passport To Italy :: Taste Of Milan



Appetizer

Italiannies makanan 561
Funghi Gratinati con Crema di Polenta

Moshrooms with creamy Polenta.

RM 22.90

Rich and creamy oven baked porcini and button mushrooms , served on polenta and drizzled with trifle oil and topped with Parmesan cheese.

Menu yang paling sedap gilerrrr, tekak YY masih duk terasa-rasa cendawan yang cair di mulut tuee.



Mains


Italiannies makanan 564
Costole di Manzo Glassata

Honey Glazed Short Ribs

RM 49.90

Honey glazed juicy beef short ribs , served on creamy mashed potatoes.

Yang nie pun sedaaap, daging lembut. Kata Chef di masak selama lebih kurang 5 jam. Puas hati untuk korang yang memang suka makanan yang berasaskan daging.



Italiannies makanan 568
Ossobuco d’Agnello

Braised Lamb , served with Apple Salsa

RM 52.90

Lamb Shank braised until tender, topped with a fruity gremolata of apples, lemons, oranges, garlic and basil, served on mashed potatoes.

Penggemar Kambing, ini adalah menu yang patut cuba. Rasa masam – masam dari apple hijau dan lemon memang menarik bila di kunyah dengan daging kambing yang lembut. Dimasak kira – kira 45 minit.



Italiannies makanan 572
Risotto con Pesce Bianco

White Fish Risotto

RM 23.90

Sauteed spinach and fish fillet , served with herbs Arborio rice.

Beras yang di import dari Italy , dengan ikan yang segar. Memang memuaskan hati. Risotto nya agak lembab dan sedap tak sama macam Risotto yang pernah YY makan. Juga menu yang patut di cuba jika korang ke Italiannies.



Dessert

Italiannies makanan 573
Crostata di Mele con Crème di Mascarpone

RM 16.90

Homemade classic apple pie, served with zesty Mascarpone crème.

Menggunakan Apple Fuji, dessert yang agak mengiurkan. Sesuai bagi yang x suka makan manis. Sebab rasa manis dan masam dalam Mascarpone creme agak seimbang. Sedap bangat.




Terdapat 2 Kategori dalam Peraduan ini :

Kategori 1 :
Berbelanja sebanyak RM 50 dan ke atas untuk mana – mana menu A’la Carte , korang akan menerima 1 borang peraduan. 
( Contoh : Jika berbelanja sebanyak RM 120 , Korang akan menerima 2 borang peraduan )


Kategori 2 :
Order mana – mana menu Passport To Italy main Course , korang akan menerima 2 borang peraduan.
( Contoh : Jika total Bill RM 120 dan Rm 40 untuk menu Passport To Italy , korang akan menerima 3 borang peraduan. )



Italiannies makanan 555Italiannies makanan 570
Puas hati dengan menu Taste Of Milan.


Layan #Keek masa di Italiannies .
Roti Homemade Yummeeh.







Italiannies makanan 577Italiannies makanan 580
Italiannies Empire Subang. 



Outlets yang terlibat di dalam Promosi Passport To Italy :
  • The Curve , Mutiara Damansara.
  • The Gardens Mall, Mid Valley City
  • Empire Shopping Centre, Subang Jaya.
  • Paradigm Mall, Petaling Jaya,
  • Gurney Paragon , Penang.

Italiannies makanan 587
Terima Kasih Italiannies Empire Shopping Centre, Subang Jaya.




Maklumat Lanjut boleh terjah : http://www.italiannies.com.my




Oh My English musim ke–2 lebih meriah :)

$
0
0

Assalamualaikum,

Oh My English! (OME!) kini kembali untuk musim kedua. Oh My English! Musim Ke-2 menjanjikan keseronokan dan pembelajaran berganda kepada para penonton dengan menampilkan para pelakon yang baru, jalan cerita yang menarik dan pastinya lebih ilmu pengetahuan dan kosa kata dalam menguasai Bahasa Inggeris. Para peminat rancangan ini boleh menyaksikan tayangan musim kedua pada setiap hari Ahad jam 7.30 malam, bermula daripada 31 Mac di Astro TVIQ (saluran 610) dan untuk definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD (saluran 134).

 
OME S2 Logo (BM Ver)


Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan terhadap Oh My English! pada tahun lepas, musim kedua ini memperkuat komitmen Astro untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan generasi muda Malaysia dengan menggabungkan pendidikan dan hiburan. Rancangan ini bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memperbaiki pertuturan dalam Bahasa Inggeris melalui pendekatan 360 darjah pelbagai medium yang merangkumi siri TV Oh My English!, butang merah interaktif di alat kawalan jauh Astro, video klip pendek, laman sesawang, permainan, bengkel pembelajaran di sekolah, majalah ilmiah, kapsul radio, laman media sosial dan banyak lagi.


 
Oh My English 2 531

 
Oh My English! Musim Ke-2 yang menampilkan 20 episod serba baru ini akan meneruskan formulanya menggabungkan lawak jenaka dan pendidikan untuk membantu para penonton menguasai pertuturan dalam Bahasa Inggeris. Para peminat siri ini pasti teruja dengan penampilan kembali karakter-karakter kegemaran mereka daripada kelas 3 Merah seperti Jibam (Akhmal Nazrin), See Yew Soon (Roax Tan), Shafiq (Aedy Ashraf), Azlin (Izara Aishah), Mazlee (Md Zhafir Muzani bin Mohamad), Anusha (Kaameshaa d/o Ravindran), Farouk (Amer Sharrif bin Rashid), dan tidak dilupakan guru-guru yang mendidik mereka di dalam rancangan ini seperti Mr. Henry Middleton (Zain Saidin), Pn Hajar (Adibah Noor), Encik Salleh (Harun Salim Bachik) serta juga Mr. Os yang memegang watak sebagai tukang kebun sekolah, Pak Sham yang akan kembali menggamatkan suasana.


 
Oh My English 2 500Oh My English 2 515
Aaron Aziz memegang watak cikgu malik.


Oh My English 2 519
 
Oh My English! Musim Ke-2 kali ini pastinya akan menjadi lebih hebat dengan penampilan karakter-karakter baru yang akan didukung oleh pelakon-pelakon terkenal tanah air. Pemenang ABPBH, Aaron Aziz menyertai sesi pengajian Oh My English! kali ini sebagai Cikgu Malik iaitu seorang guru Pendidikan Jasmani yang juga merupakan jurulatih pasukan bola sepak sekolah tersebut. Untuk menambahkan lagi keseronokan sesi pembelajaran, Tiz Zaqyah juga akan turut membantu sebagai Cikgu Ayu, seorang guru Bahasa Melayu yang baru di sekolah itu. Dua pelakon muda yang berbakat besar akan turut terlibat sebagai pelajar baru. Syafie Naswip, pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM25, akan memegang watak sebagai seorang pelajar nakal bernama Azlan manakala pelakon yang semakin meningkat naik, Iezahdiyana sebagai seorang pelajar baru yang ceria bernama Hani. Penambahan karakter-karakter baru ini seperti Cikgu Malik, Cikgu Ayu, Hani dan Azlan bakal menjadikan Oh My English! musim ini bertambah segar dan pastinya menjanjikan jalan cerita yang menarik dan penuh kejutan apabila karakter-karakter sedia ada bertemu dengan karakter-karakter yang baru.

 
Oh My English 2 517

 
Para peminat siri ini juga pasti akan lebih teruja dengan penampilan khas ramai lagi selebriti popular. Lisa Surihani dan Rozita Che Wan akan membuat penampilan sekali lagi dalam rancangan ini atas permintaan ramai. Dalam musim kedua ini, Datuk Aznil Haji Nawawi, Nur Fazura, Rykal, Joe Chang, Gabriella Robinson, Yus Jambu (Raja Lawak) dan penyampai radio hitz.fm iaitu Jin dan Ryan akan turut memeriahkan lagi sesi pembelajaran Oh My English!



Oh My English 2 518Oh My English 2 521Oh My English 2 523Oh My English 2 525
Sessi Meet & Greet dengan para pelakon OME2.

 
Berbekalkan barisan pelakon yang mantap dan jalan cerita yang padat dengan jenaka, Oh My English! Musim Ke-2 pastinya menghiburkan para penonton. Namun, di sebalik hiburan yang diberikan, unsur ilmiah yang diketengahkan masih menjadi fokus utama. Astro sekali lagi bergandingan bersama pakar Bahasa Inggeris global iaitu British Councildalam menghasilkan pengisian berunsur ilmiah dan juga elemen animasi dalam kapsul pembelajaran yang lebih baik untuk diterapkan di dalam Oh My English!.
 


Oh My English 2 558

 
Oh My English 2 545Oh My English 2 556
With Iezah dan Zain Saidin di Majlis Screening Oh My English 2.

 
Para penonton boleh menambah baik kemahiran dalam Bahasa Inggeris melalui kapsul ini yang merangkumi kosa kata, tatabahasa, pertuturan, peribahasa dan pelbagai lagi. Kepada para peminat yang ingin mempelajari ilmu Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam, sila layari laman sesawang Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my yang padat dengan bahan-bahan ilmiah, permainan dan aktiviti yang menarik. Selain itu, bagi sesiapa yang ingin menjadi sebahagian daripada komuniti pembelajaran Bahasa Inggeris terbesar di negara ini boleh menyertai www.facebook.com/ohmyenglish atau www.twitter.com/oh_my_english.

 
Di sini, mereka boleh menjadi sebahagian daripada komuniti Oh My English! yang mesra sambil berkongsi pengalaman mempelajari Bahasa Inggeris. Pada pertengahan tahun ini, para peminat Oh My English! juga dapat menikmati lebih banyak aktiviti dalam ruang digital.


So, bila YY baru - baru nie berpeluang ke Screening 2 episod yang pertama, adalah sangat teruja yaa. Memang OME2 sangat seronok dan lebih meriah dengan unsur3 lawak tapi tetap ada pembelajaran bahasa Inggeris yang mudah di fahami. Terima Kasih AStro kerana bagi peluang YY Meet & Greet dengan pelakon OME2. 





























Nak Terbang, Mengimbau Kenangan

$
0
0
Assalammualaikum,

Wee Awal tahun 2013 ,

Percutian ke Jakarta – Bandung, Best bangat . Done booking next year pi lagi. AA Promo uolss, Dapat pi balik cuma RM 92.00 . Dari sekarang boleh kumpul duit untuk shopping sakan awal tahun 2014 nanti.

Bandung 2013146

But Esok, YY akan terbang lagi. Yeaaaah , bercuti lagi.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Untitled


Dedulu, lama dah pernah lah sampai Kuching nie. Masa zaman meronggeng dulu. Kenangan travel satu Malaysia masa tue, memang xleh lupa.



sarawak

Nampak , masa nie zaman comot. Dalam boat ride di Kuching, Sarawak…, penuh tapi sumbat gak. Korang kenal yang senyum lebar depan sekali tue. Eheeem, sekarang dah jadi pelakon lah. Waaah hebat Iedil sekarang. Adik dia Iezah pulak ada dalam Oh My English musim ke 2 pun dah jadi pelakon lah.



Oh My English 2 548

Iezah yang dah besar panjang, tak sangka ketemu di Oh My English 2. Dedulu selalu duk kat atas riba. Hahahhaha, nampak sangat jauh nya usia kita kan. Masa nie Iezah teruja sebab mengimbau kenangan zaman meronggeng.




P/ S : Hari ini MC duk umah, teringat kenangan silam pulok.




*Konon nak Wordless*



WeChat Party 2013 Meriah :-)

$
0
0
Assalammualaikum,

WeChat, Korang tahu tak apa WeChat nie. Haaaaa, bagi pengguna smartphone ini adalah aplikasi terbaru yang diberi nama WeChat. PERCUMA yaaa, sila downdload jika anda mahu berhubung dengan yang tersayang setiap masa, dengan hanya perlukan DATA


SERONOK SEMBANG BERSAMA, JOM WECHAT




Dengan WeChat ada khidmat Pesanan Suara , Video Call , Photo dan Text Message. Siap boleh buat Group Chat Lagi. WeChat boleh digunakan oleh iOS , Android , Windows Phone , Symbian dan Blackberry. Download lah secara PERCUMA yaa. Boleh Login dengan guna acct Facebook korang atau menggunakan no telefon korang.


We Chat Party512
Comel kan Cupcake bertemakan icon WeChat


Kalau korang nak tahu lah, asal usul WeChat nie bermula dari China pada January 2011 . Sekarang dah berkembang di Malaysia, dan makin ramai yang menggunakan aplikasi WeChat nie, hampir 300 million pengguna pada January 2013.

Sejak YY guna kan iphone5, YY adalah pengguna tegar WeChat yerr. Plus paling kerap digunakan ketika memandu sebab boleh buat Voice Message . Tak yah susah – susah nak menaip kan. Tapi korang jangan pulak tiru aksi YY yang agak bahaya yer, sambil drive pun ada hati nak pegang phone.


We Chat Party 547


Jadi bila WeChat buat Party, dah tentu lah YY x lepaskan peluang. Party yang happening sambil nak perkenalkan Duta Kepada WeChat Malaysia. Neverland KL jadi tempat party yang hebat dihadiri oleh ramai pengguna WeChat dan Bloggers. YY rasa dah macam reunion tuk Bloggers tau.



Weiii, Tembam nyaaaa.

Kami giler camera :)


Malam Party tue lah, WeChat memperkenalkan Duta WeChat Malaysia iaitu Shaheizy Sam dan Lisa Surihani . Selebriti yang hebat dan memang tengah malatopss sekarang. Di samping tue, di tayangkan jugak TVC untuk siaran di TV Malaysia. So cute lah tgk aksi Lisa dan Sam dalam iklan tue. Total ada 3 iklan. Kalau korang memang kaki TV , mesti korang pun dapat lihat kecomelan diorg kan di iklan Wechat.




Lisa Surihani dan Shaheizy Sam sebagai Duta WeChat Malaysia.


Bukan setakat memperkenalkan Duta Malaysia WeChat , ada jugak persembahan dari  artis seperti Vivian Chua , Henley Hii dan Awi Rafael. Best wooo, tgk live perfomance depan mata , memang terbaik lah. Sebelum tue, adalah ucapan dari Vice President , Tencent International Business Mr Poshu Yeung.


We Chat Party 502

Vice President , Tencent International Business Mr. Poshu Yeung



We Chat Party510

Vivian Chua & Henley Hii



We Chat Party 520We Chat Party 525

Awi Rafael mempersembahkan 3 buah lagu. Terbaikkkkk Smile



Paling YY tak sangka dengan diri sendiri, boleh terjoin games atas pentas. Dengan tanpa bersalah YY dan Anis buat muka tebal join games yang memula kitaorg pun tak tahu games apa. Ada 2 team, lelaki dan perempuan. Then lelaki akan di tanya soalan pasal perempuan, yang perempuan di tanya pasal lelaki. Dan akhirnya, perempuan lah menang. Hadiah nya, adalah benda yang YY idamkan iaitu External Hard Disk. Yeaaah, rejeki. Memang dah lama verengan nak beli tau. Kalau dah jodoh eh rejeki tak kemana kan. Jimat duit. Hahahhaha.



We Chat Party 507We Chat Party 508We Chat Party 513We Chat Party 514
We Chat Party 518


Ada Cabutan bertuah gak tau, tapi dah tentu lah YY tak bertuah sebab lupa nak letak name card dalam balang. So, mana ada nama nak naik kalau card nama nya ngak ada kan. Yang bertuah di kalangan yang YY kenal adalah Cik Lily , Anis Athia dan Farish. Tahniah korang menang hadiah best . Paling best bila ada 2 orang yang bertuah memenangi hadiah Ipad . Waaah, memang Party WeChat nie best.


We Chat Party 539We Chat Party 543

We Chat Party 549We Chat Party 550

We Chat Party 551We Chat Party 553


Kami lah Blogger yang happening , dan gegiler masa malam Party WeChat niee. Ce tgk sikit #Keek yang sempat YY rakam, aksi blogger di Nerveland, KL masa persembahan Awi Rafael.





Terima Kasih WeChat Malaysia, kerana aplikasi PERCUMA ini buat yang jauh semakin dekat. Bak kata pepatah "Jauh di Mata, Dekat dihati". Gitue lah kan.






Terima Kasih WeChat.




Sam dan Lisa cerita kelebihan WeChat.









P/S : kalau ada masalah typo, WeChat dengan Voice Message adalah penyelesaiannya.




Terbang bersama Malindo Air

$
0
0
Assalammualaikum,

Now YY dah sampai Kuching terbang dengan Malindo Air . Penerbangan yang agak berlainan dari yang YY pernah naik sebelum nie . Bangak pengalaman menarik . Nanti YY akan citer dengan lebih detail . Now quick uodate sementara ada sidang media bersama orang kuat du sebalik Malindo Air .







Ramai jugak blogger yang join trip kali niee . Meriah dapat kekenal blogger lain yang x pernah jumpa .


P/S : nak cari laksa sarawak



Sape Iezah Diyana Oh My English

$
0
0
Assalammualaikum,

Weee, lepas kan YY citer pasal Iezah Diyana a.k.a Tengku Iezah Diyana kat entri nie. Dan tanpa disangka keyword paling tggi yang dicari adalah Iezah Diyana Oh My English. Wahh, tahniah Iezah sekarang makin dikenali. Dah jadi pelakon ikut jejak abang – abang nyaa. 


Iezah Diyana Oh My English


Akak ucapkan tahniah lah yaaa, mana tahu one day boleh pegang title best actress kan. Serius kalau tgk balik gambar cecomel Iezah masa kekechik dulu, macam x cayer skg dah makin cun, comel jer. Abg Hensem, Adik mesti cun kan. Dedulu Iedil Gemok montel, sekarang dah jadi pelakon hensem dan berbakat gituee. Tunggu pulak Iefiz balik nanti,, kita tengok sumbangan dia pulak yaa. Smile

Nah korang laan gambar Iezah Diyana. Mesti korang ada yang dah mulut minat dia kan.


Oh My English 2 520


Oh My English 2 527


Oh My English 2 545


Maaf lah yerr, YY lupa pulak nak amik gambor Iezah sengsorang. Nak letak gambar masa dia kekechik, Iezah segan pulok. Hikhikhik, Biar buat simpanan YY jer lah kan.


Oh My English 2 548Oh My English 2 551Oh My English 2 552Oh My English 2 553
Perempuan bila bergosip , Hahahhaha.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Ce korang cari mana Iezah Diyana yang comel , dan dalam gambar kenangan nie jugak ada yang dah berjaya jadi retis, jadi pramugari , jadi pensyarah , jadi penyanyi , jadi pelakon , jadi Isteri , jadi Suami dan macam - macam lagi laah. 


Gambar nie kenangan masa kita orang di Sarawak Culture Village selepas berteater  :)



P/S : Bila ada kat sarawak nie, terus mengimbau kenangan lagikkk..



Ada buat Live Update dari Sarawak tau, apa kata Follow #Keek YY.





MasterChef Selebriti Musim ke - 2

$
0
0

Weee ~~ Sape layan MasterChef Selebriti musim Pertama dulu. Alah yang Dr. Fazley menang jadi Juara. So, MasterChef Selebriti 2 bakal menerjah kaca TV korang lepas nie. Mesti x sabar nak tengok kan. Bukan setakat memasak, tapi kita akan lihat sendiri ragam selebriti memasak dan bekerjasama secara kumpulan. Akan memulakan siaran pada 20 April 2013 di Astro Ria ( saluran 104 ) dan Mustika HD ( saluran 134 ) .

Semua nya ada 19 Selebriti yang akan bersaing selama 10 minggu dengan pelbagai tugasan. Setiap minggu akan ada penyingkiran bagi memilih seorang Juara MasterChef. Siapa Pilihan korang untuk musim ke-2 nie ???


19 Selebriti Bakal Bertarung Dalam MasterChef Selebriti 2


Minat tau tengok rancangan masak - masak nie, plus retis pulak yang memasak, teruja uolss nak tgk. :)


Sumber : SINI






Malindo Air | Not Just Low Cost

$
0
0

Assalammualaikum,


Weee , ok tarik nafas, hembusssss. Tarik nafas hembussss. Fuhh !! banyak yang YY nak citer nie. Semua nya tentang pengalaman YY bersama Malindo Air salah satu penerbangan baru di Malaysia kini. Buat masa nie, hanya terdapat penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu. Akan datang comfirm lah ada banyak lagi laluan yang akan Malindo Air sediakan.


Sarawak Malindo Air199
Itu dia, mahu bawak YY terbang ke Kuching.


Segigih – gigih nya, awal pagi lagi YY dan bersiap, minta tolong adik YY si Yani Yassin hantar kan ke KLIA. Untuk pengetahuan korang, penerbangan Malindo Air adalah dari KLIA yaa, bukan nya LCCT. Kang jangan tersilap tempat pulak. Sampai jer, terus menuju ke Kaunter F18 untuk Check In. The best part is, Beg nak masuk kargo 15KG pertama adalah percuma yaa. So , kalau rasa tak nak buat tambahan bayaran RM10/kg korang kena budget lah beg yang nak masuk kargo tak lebih limit tau. Tapi kalau hand carry biasa lah, 7kg jer uolss.



Kuching Sarawak Malindo Air 103
Terima Kasih malindo Air


Kuching Sarawak Malindo Air 100


Kuching Sarawak Malindo Air 101Sarawak Malindo Air109
Check in Jom, Sempat ber Keek tau.


Sarawak Malindo Air103

Sarawak Malindo Air107


Settle Check In , mari lah kita menuju ke ruangan boarding. YY suka dan kagum pemeriksaan di Imigresen Malaysia. Agak detail jugak diorang check berbanding jika YY naik dari LCCT. So agak impress di situ yaa. Sebab YY memang macam tak puas hati bila bab check keselamatan nie, nampak macam buat sambil lewa jer, berbanding YY melalui pemeriksaan kesihatan di Airport Luar Negara, detail uolss. Muka orang imigresen pun garang semacam.


Kuching Sarawak Malindo Air 114
Muka memasing Happy Nak terbang bersama Malindo Air


Sarawak Malindo Air112


Bila dah masuk jer dalam kapal terbang Malindo Air nie, Lagi lah buat YY teruja. Serius nampak selesa dan menarik. Bab keindahan di dalam Malindo Air, better korang layan gambar lah yerrr. Kang bebel pepanjang korang bosan pulak.


Kuching Sarawak Malindo Air 137
Pramugari Malindo Air, Chantek kan.


Kuching Sarawak Malindo Air 136
Business Class


Sarawak Malindo Air215
Ruang yg selesa , 3 seat di kiri dan 3 seat di kanan – Economy Class



Sarawak Malindo Air224
Luas dan Selesa.


Sarawak Malindo Air174
Tempat Luggage yang luas.


Sarawak Malindo Air209Sarawak Malindo Air212
Happy dengan keselesaan Malindo Air



Sarawak Malindo Air117
Safety First. Penerangan sekiranya berlaku kecemasan, Apa yang perlu dilakukan.



Sarawak Malindo Air122Sarawak Malindo Air123
Sarawak Malindo Air124Sarawak Malindo Air127

Hiburan di dalam Flight, Korang boleh pilih nak tengok Filem, Drama , main games atau informasi tentang Malindo Air. Janji ada EarPhone. Kalau korang tak bawak, jangan risau dalam flight ada jual tau. Cuma RM 5 . Murah kan. YY sempat layan Filem Heart . KIra tak bosan lah korang, sebab masa 1 Jam 40 minir penerbangan di isi dengan menonton. Kalau korang pasan, tue YY siap charge handphone tau. Maklum lah, guna tioon dengan internet memang laju kemain batery nyer kong.



Sarawak Malindo Air131Sarawak Malindo Air133
Dan walaupun perjalanan kejap jer, setiap penumpang akan dapat sandwich dan air. FREE yaa. Memang complimentary dari Malindo Air kepada semua penumpang.



Sarawak Malindo Air137Sarawak Malindo Air139
Terbang tinggi di Awan besama Malindo Air.


Sarawak Malindo Air229Sarawak Malindo Air230
Informasi penerbangan


Korang, camne teruja tak melihat segala kemuduhan yang di sediakan Malindo Air. Haaa, ada satu lagi YY lum tunjuk kan. Dah tentu lah toilet di dalam Flight Malindo Air nie. Korang jangan ingat dalam Flight takde toilet pulak.



Sarawak Malindo Air217Sarawak Malindo Air218
Gunakan dengan sebaik nya, Eceeeeh.



Sebagai sebuah perbangan baru , YY rasa Malindo Air akan melangkah lebih maju. Tiket yang murah, sesuai sangat lah buat kita yang biasa-biasa nie, perlu kan sesuatu yang menjimatkan untuk bercuti. Baru rasa berbaloi – baloi.



Sarawak Malindo Air206

Menggunakan tagline NOT JUST LOW COST , bertepatan dengan perkhidmatan yang Malindo Air sediakan. Harga murah , tapi service macam naik flight mahal uolss.




Sarawak Malindo Air201
Kami adalah orang pertama yang menaiki penerbangan Malindo Air ke Kuching. *clap3x.



Ada jugak kengkawan yang tanya, selamat ke naik Malindo Air. Maklumlah Syarikat Baru kekadang orang macam tak yakin kan. Meh sini YY nak habaq, walaupun baru tapi pilot yang bawak Kapal terbang Malindo Air nie dah ada pengalaman uolss. Tak kan lah Malindo Air nak buat sesuatu yang membahayakan keselamatan penumpang. Jangan risau, sebab dari pengalaman YY menaiki Kapal Terbang sebelum nie, tiada apa yang membahayakan. Alah bila gegar2 langgar awan tue kan biasa. Naik apa Flight pun akan rasa yang sama. Yang penting keselesaan dan keselamatan kan.



Sarawak Malindo Air207
Terima Kasih Malindo Air -
Anisah , YY , Eli dan Irine  ( org kuat dari Malindo Air )



So, apa lagi korang. Kalau rasa nak bercuti ke Kuching Sarawak atau Kota Kinabalu Sabah. Boleh lah booking di Malindo Air nie. Next time akan ada ke tempat lain jugak seperti Sandakan, Tawau, Labuan, Miri, Sibu, Bintulu,Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Alor Star, Langkawi, Pulau Pinang.


Bukan setakat domestik, malah Malindo Air juga akan terbang ke Indonesia (Medan, Jakarta, Bandung, Yogyakarta, Surabaya, Bali), ke India (Kolkata, Delhi, Ahmedabad, Bombay, Chennai, Trichy) dan ke China (Guangzhou, Shengzen, Macau, Hong Kong).

 
Online booking:


Facebook : Malindo Air

Instagram : malindoair

Twitter : @Malindo_Air

Call center : 03-7841 5388
 
 
P/S : Macam nak plan cuti dan terbang dengan Malindo Air laaah.


#Sambungan nanti percutian YY di Sarawak yaaa :)













Samsung S4 is Coming :)

$
0
0
Assalammualaikum,

Hai korang, peminat tegar smartphone kan. Meh nak habaq mai kat korang, tau tak yang Samsung Galaxy S4 akan muncul dipasaran. Haaa, mula lah tuee terlompat-lompat gembira sesangat. Iyerrr, betul YY x tipu. Baru-baru nie kan adalah kejutan yang berlaku di Jaya One, PJ tau. Semuanya kerana Samsung S4.











Mula-mula tue macam pelik gak, apa diorang nak buat nie eh. Siap pakai hitam, ada alat muzik siap mic bagai. Diorang nie nak buat konsert ke apa kan. Ngupernya diorang nak persembahkan lagu tema bagi Samsung S4 niee. Menarik jugak, bila teaser di buat dengan cara camginie kan. Boleh buat orang tertanya-tanya gituee.










So, camne ?? Korang suka tak nak memiliki S4 di dalam genggaman. Boleh lah nanti
 menerjah ke kedai Samsung berhampiran korang bermula 27 April 2013 .



Sementara dok fikir-fikir tu, jom layan clip ni dulu supaya bertambah teruja korang nak tunggu S4 muncul nantiiiiiiiiii....








P/S : Eheeem, ada orang nak korek tabung ke??




Norton Mobile Security dari Maxis

$
0
0
Assalammualaikum,

Weee ~~ sape pengguna handphone tegar. Terutamanya Smartphone . Ce angkat tangan, haaa angkat tinggi lagi. Korang rasa selamat tak tipon korang tuee. Korang ada tak kerisauan yang melanda dalam diri kot – kot lah data dalam phone hilang atau tipon korang kena curik. Haiyaak, minta jauh lah kan. Kalau tipon hilang, mesti kita risau dengan semua data atau maklumat yang dalam phone hilang kan.

So, nie YY nak kasik tahu jalan penyelesaian nyaa. Kekalau lah terjadi sesuatu pada phone korang. Bukan lah nak mintak, tapi mana lah tahu kan. Malang tak berbau gituee. NORTON MOBILE SECURITY dari MAXIS adalah jawapan kepada masalah kerisauan korang.

Haaa, jangan nak buat muka blur. Mesti korang fikir apa lah YY duk goreng nie kan. Betul, percaya lah. Dengan menggunakan NORTON MOBILE SECURITY , data dalam phone korang akan selamat. Nama pun dah SECURITY, mestilah untuk keselamatan kan.




Mengenai Norton Mobile SecurityNorton Mobile Security adalah sebuah aplikasi untuk pelanggan Maxis yang direka untuk membantu pengguna telefon bimbit melindungi peranti korang daripada ancaman digital dan membolehkan mereka untuk mencari dari jarak jauh, mengunci dan juga memadamkan data daripada peranti yang hilang atau dicuri.





Ciri-ciriNorton Mobile Security menawarkan perlindungan data melalui ciri-ciri utama ::

• Anti-Phishing Web Protection - Melindungi dan melaporkan laman web yang berniat jahat yang mungkin mengandungi malware. Melalui ciri ini, pengguna dilindungi daripada laman web berniat jahat yang menawarkan akses cepat melalui pautan atau kod QR.

• Call & Text Blocker - Membenarkan pengguna untuk menyekat orang-orang tertentu atau nombor telefon tertentu supaya pengguna tidak diganggu dengan panggilan yang tidak diingini dan SMS.

• Lost Notice - Sekiranya telefon korang hilang, korang boleh menghantar mesej khas untuk orang yang ada peranti melalui ciri ini untuk mendapatkan tipon korang kembali.

• Remote Lock – Korang boleh mengunci peranti dari jauh melalui laman web atau SMS untuk menghalang orang lain daripada mengakses data dan maklumat mengenai peranti.

• Remote Locate - pinpoints hilang atau dicuri telefon atau tablet pada peta untuk membantu korang mencari tipon korang dengan cepat.

• Remote Wipe - Sebagai menambah data langkah keselamatan dan maklumat di dalam peranti ini, kedua-dua yang disimpan di dalam memori dalaman atau memori luaran, boleh dikeluarkan melalui SMS atau web.


maxis Norton mobile security


Harga dan Kesesuaian
Maxis pelanggan Android boleh menikmati manfaat sepenuhnya daripada Norton Mobile Security dengan melanggan sama ada pakej bulanan (RM3/month) mingguan (RM1/week)
atau

Sebagai manfaat tambahan, pelanggan yang melanggan Norton Mobile Security akan menikmati percubaan percuma 1-bulan.

Untuk melanggan Norton Mobile Security, Maxis melalui UMB, dail * 200 # pada telefon mudah alih korang dan memilih Maxis Secure.

Untuk perlindungan 1-minggu, hantar ON NMS7 ke 20088 melalui SMS. Untuk perlindungan 1 bulan, hantar ON NMS30 ke 20088


Norton Maxis1Norton Maxis2



Kalau korang nak tahu, untuk muat turun aplikasi nie xyah bayar apa pun, senang citer free cuma korang kena muat turun Fail APK yang dihantar melalui SMS . Korang boleh mula menggunakan aplikasi nie bila dah habis di muat turun.



Meh layan Video nie, 




Dan sekarang ada trial promo tau, 1 bulan langganan PERCUMA. Berbaloi – baloi uolss. Rasa selamat bila guna phone, sebab semua data di simpan selamat.



Korang tau tak betapa penting nya NORTON MOBILE SECURITY nie, Ce korang bayang kan kalau phone korang hilang, then orang yang mengambil nya tue boleh buat macam - macam dengan data yang ada dalam phone tue. Terutama nya maklumat diri , gambar - gambar , no telefon yang ada. Kalau orang nak buat jahat, banyak idea diorang boleh buat tau.



Maklumat lanjut  , boleh lah kalau korang terjah www.maxis.com.my/security .



Boleh jugak ke SINI  untuk mendaftar. Jom, Jom, Jom..... Jangan kerugian nantiiiii :)



P/S : Boleh nangis Wooo kalau tipon hilang, macam separuh nyawaku pergi. Gitueee.








Samsung Galaxy S4 kini di pasaran

$
0
0

Assalammualaikum,

Ok, nak sambung dari citer Samsung S4 yang kat SINI. Akhirnya, apa yang di tunggu – tunggu oleh semua peminat smartphone terutamanya dari Samsung. Kini Samsung S4 telah berada di pasaran. Hurm, *kelip3 mata nampak. Dah teruja nak merasai pengalaman memiliki handphone yang betul-betul smart nie ke ??. Yeaaah, selepas YY sendiri melihat , memegang dan merasai pengalaman menggunakan apa yang canggig kat Samsung S4 nie, tentu lah nak share dengan korang kan.


Samsung S4233


Sebelum tue, apa kata korang tengok dulu kemeriahan masa road tour Samsung S4 baru – baru nie. YY berkesempatan ke Times Square dan Low Yat . Memang comfirm lah meriah. di serikan lagi dengan kemunculan Awal Ashaari dan Liyana Jasmay. Diorang memang sporting habis berkongsi segala kelebihan yang terdapat dalam Samsung S4 nie.



Samsung S4217
Ketibaan orang – orang penting dari Samsung



Samsung S4218
Show, alah lagu tema Samsung S4 tuee.



Ada FlashMop lagikk.



Samsung S4 dilancarkan sudaah di Times Square.



Awal Ashaari dengan Liyana Jasmay duk tunjuk kan sesuatu yang menarik di Samsung S4





So, meh sini nak citer diantara kelebihan Samsung S4 yang buat YY pun teruja.



Air Gasture / Air View

Kira korang tak yah nak sentuh screen kekalau lah masa tue korang tgh tangan basah ke, tangan kotor ke. Korang just layang kan jer tangan kat screen, ta daaaa jawab phone dengan layangkan tangan jer. Nampaaak, hebat kan. Kalau korang nak tgk gambar pun, sama jugak lah. Boleh layang – layang kan tangan jer.


Apa kata korang tengok Keek yang YY duk citer pasal layangkan tangan niee.





Video Smart Pause

Korang yang suka layan video , macam Youtube ke, memang ada kelebihan tau. Kira kalau korang tgh layan video, tetiba korang pandang kelain. Automatik video akan Pause. Sebab Samsung S4 boleh capture eye contact korang.



Samsung S4277


Group Play / S  Translator

Haaa, yang nie pulak. Walaupun korang takde Wifi atau Signal tipon. Korang boleh Share Muzik , Photo dan games dengan orang sekeliling korang yang menggunakan Samsung S4 jugak. Cool gilerrr, xyah susah2 nak cari wifi Free untuk berhibur. S – Translator pun sama. Boleh guna tanpa korang ada internet pun. Hebak sungguh.

Samsung S4263


S  Health

Hebat tak kalau tipon boleh pantau tahap kesihatan korang sebagai pengguna Samsung S4. Boleh ubah cara hidup dan mengamalkan hidup sihat bila ada gadget yang hebak duk bagitau kalau korang dalam keadaan kesihatan yang x berapa baik. Fuhh!! ini lagi cool.



Samsung S4208



Dual camera

Dengan Samsung S4 , camera boleh capture moment indah korang dengan lebih dari satu cara. Adanya Dual Camera , korang boleh amik gambar dan video dengan menggunakan camera depan dan belakang dalam satu masa.


Samsung S4 1
Nampak tak kelebihan Dual Camera.



Meh layan jugak Keek YY berkenaan dengan Dual Camera niee.




Dengan Full HD Super AMOLED ( 441 PPI ) 5 Inch display dan 13 Megapixel auto – focus camera gambar untuk Samsung S4 nie memang cantik giler. Clear plak tue. Memang puas hati.


Samsung S4205


Bukan setakat di Tmes Square, kemeriah di sambung pulak di LowYat. Memang hebat RoadTour Samsung S4 kali nie. Seronok bila tengok pelbagai persembahan.



Samsung S4236Samsung S4242Samsung S4267Samsung S4305

Samsung S4239



Batery Samsung S4 nie pun tahan lama tau. Dengan 2,600mAh mampu bertahan hingga sehari. Korang pun tahu kan, kalau pakai smartphone selalunya batery memang tak tahan lama, so berbaloi lah kalau korang grab Samsung S4 nie.

Dengan harga di Pasaran sekarang RM2199 , memang harga mampu milik kan. Jangan lepaskan peluang korang. Boleh Grab sekarang. Ada pilihan warna Black Mist dan White Frost .



Seronok jugak bila dapat join event launch camginie, dapat jumpa ramai kengkawan blogger. Seronok jugak dapat tengok phone sambil kenal – kenalan baru jugak.



Samsung S4272


Samsung S4300

Wajah blogger yang happy bila dapat bertemu kengkawan.






P/S : Sape nak Beli Samsung S4 tuee Smile




Viewing all 384 articles
Browse latest View live