Quantcast
Channel: YaNa YassiN
Viewing all 384 articles
Browse latest View live

Hampir Kehilangan Si Dia , SEGERA dapatkan DATA

$
0
0
Assalammualaikum,


Mari Menonton Video nie dulu Sad smile




Sob , Sob , Sob . Mesti korang pun sedih kan lepas menonton video kat atas tuee. Kisah percintaan jarak jauh antara Nick dan Amy. Touching wooo. Orang yang kita sayang , berjauhan dan akhir nya terputus hubungan. Kita nie duk risau lah, camne keadaan dia kan. Sakit ke ? makan ke tidak ? Sihat ke tidak. Tapi akibat tidak berhubung segala perasaan buruk boleh muncul.


Bab bila bercinta nie, komunikasi sangat penting. Sebab bila tak berhubung pelbagai rasa muncul terutamanya rasa curiga. Bila bercinta tapi xde kepercayaan comfirm selalu ajer ada selisih faham. Tak seronok lah kan. Kang tak habis - habis rasa sedih dan kecewa. Plus langsung x dapat berhubung. Perkara nie memang berlaku kat YY sendiri. Akibat tidak berkomunikasi, perhubungan yang dulu baik kini terpisah jauh.


29459_403161214322_580969322_3959794_1600234_n
Akibat rajin berWhatsApp , tukar status sudah Smile


Tapi, bila ada nyer DATA , dan kita boleh WhatsApp, semua tue tidak berlaku lagi. Kesedihan telah berlalu. Sebuah perhubungan terbina kembali. Dari berkenalan di Telefon, dan chatting di WhatsApp kini YY telah bertukar status menjadi tunangan orang. Moga ikatan ini berkekalan hingga kejinjang pelamin dan doakan ke hujung nyawa. Pengalaman mengajarkan ? Jadi dari situ YY belajar komunikasi sangat penting.







DON’T LOSE IT ALL , TIME TO GET DATA




So, apa jalan penyelesaian perkara camnie tidak terjadi. Harus lah kena ada  “DATA” . Ini dia Xpax, time to get Data. Tak nak kehilangan orang tersayang kan so apa lagi dail *128# sekarang. Daftar dan Pilih pakej yang bersesuaian dengan korang. Nothing to lose right :)



Untuk maklumat lanjut layari http://www.xpax.com.my/c1.php. Korang tak perlu risau lagi bila berjauhan kerana semuanya di tangan korang. Bila-bila sahaja boleh berhubung. Rapatkan lagi hubungan walau di mana korang berada.



Nak lebih lanjut , apa lagi terjah lah www.xpax.com.my Smile






#Wordless Wednesday | Nando's

$
0
0






Bila Bab makan , Sihat terusss :)

Follow Instagram @YanaYassin









Kenangan 2012 , Hai 2013

$
0
0

Assalammualaikum,

Hai korang, Selamat Menyambut Tahun baru 2013 . Moga di tahun baru ini lebih menceriakan kan korang. Apa Azam korang di tahun baru 2013 niee. Adakah impian di tahun 2012 korang tercapai. Saje lah kan, YY nak citer kenangan – kenangan YY di sepanjang tahun 2012.




Kegembiraan ::
Tahun 2012, YY  mula bergerak secara aktif dalam dunia Blogging. Memang tak sangka bila mula mendapat hasil dalam dunia blogging. Tercapai hajat dan cita – cita untuk memiliki camera DSLR sendiri. Syukur Alhamdulillah.




Daaan, YY juga dapat iphone 5 dari Celcom. Terima Kasih Celcom kerana buat hari – hari YY lebih gembira dengan phone baru niee. Memang lama dah berhajat nak smartphone yang ada intagram, duk jeles lah ngan kengkawan yg asik post gambor cecantik tapi YY xde peluang. Maklum ler, guna BB mana ada ig kan. dan Celcom juga banyak menyumbang kepada tercapai nyer hajat YY untuk memiliki DSLR. Terima Kasih banyak Celcom.


Celcom iphone 5 215


Dulu YY menggunakan yanayassin.blogspot.com , dan di tahun 2012 jugak YY telah bertukar menjadi www.yanayassin.com . Satu lagi langkah ke depan YY dalam dunia blogging. Semua nie perubahan ke arah yang lebih baik , bila YY menjadi kan dunia blogging sebagai pendapat sampingan.


yanayassin.blogspot.com ---------->>>> www.yanayassin.com



Travel ::
Tahun 2012 jugak bawak YY merata berjalan. Bermula dengan Singapore , Langkawi bersama Tourism Malaysia dan Majalah Santai , Pulau Pangkor bersama Tourism Malaysia dan Majalah Santai , Cherating bersama Tourism Malaysia dan Majalah Santai , Johor Bharu-Desaru bersama Tourism Malaysia dan Majalah SAntai, Langkawi bersama keluarga , Pulau Pangkor bersama keluarga , Legoland,JB sponsor from Legoland Malaysia , Cameron Highland bermasa rakan opis dan Beijing bersama adik badik PRS. Fuhhh !! memang sakan berjalan tahun nie. Puas hati dapat berjalan sesambil tengok tempat orang. Terbaik laaah.


percutian


Filem dan Hiburan :
Sepanjang tahun 202 nie, banyak giler kot YY berpeluang ke Majlis Tayangan Eksklusif dan Sidang Media Filem – Filem Melayu . Diantara production yang menjemput YY ke Tayangan preview filem diorang seperti Metrowealth ( MIG ) , United Studio ( KRU ) , Tayangan Unggul , Empat Samudra Plantation Sdn Bhd  ( Alternate Pictures ) , Excellent Pictures ( Ahmad Idham ) , Skop Production dan banyak lagi. Terima Kasih sekali lagi sebab bagi peluang YY menonton Filem – filem terbaru sebelum tayangan wajib menjengah panggung. Dan juga berpeluang melihat secara live segala macam anugerah dan majlis hiburan di tahun 2012. Diantaranya Anugerah Skrin , Anugerah Industri Muzik , Anugerah Juara lagu dan banyak lagi.


artis lelaki
artis perempuan.
Diantara selebriti yang YY pernah jumpa.



Event :
Event akibat dalam dunia blogging jugak banyak sungguh yang YY dapat , diantaranya Kawasaki , Celcom , Huawei , Samsung , Petronas , Pizza Hut , La Senza , Toshiba , Astro  dan banyak lagi.

Event Blog Yana Yassin



Yang paling seronok, bila status YY bertukar menjadi Mak Long. Adik YY yang ke –3 telah melahirkan seorang baby Boy yang di beri nama Muhammad Nabil Zaim bin Mohd Nazri. Comel, geram sangat. YY selalu jer rindu sama Abg Nabil . Nabil ada sedikit masalah kesihatan yangmenyebabkan dia tak leh nangis. Ulang alik spital nie memang dah biasa sangat. Korang doakan selalu kesihatan Nabil makin baik yaa.







Kisah Sedih :
Sedih bagi YY pada tahun 2012 sebab mamat kesayangan YY telah pergi buat selama – lamanya. Selalu memang YY berdua jer dengan mamat kat umah. Tido sama, makan sama, tengok TV sama. Memang sedih sangat. Memula pemergian mamat , YY asik sedih jer. Air mata duk ngalir selalu. Kalau nak baca kisah mamat, meh terjah SINI.




Banyak kisah suka – duka sepanjang tahun 2012 . Moga tahun 2013 nie lebih memberi keceriaan dan di berikan kesihatan yang baik dalam menjalani liku – liku kehidupan. Segala cabaran dan halangan jadikan sebagai panduan dan semangat dalam menempuh pelbagai ujian. Mana tahu tahun nie YY bertukar status lagi, eh !! doa-doakan lah yerr.


P/S : Tahun baru lepak rumah jaa,




Celcom bagi tiket ke Anugerah Juara Lagu ke 27

$
0
0
Weeee ~~~ Semua tahu yang Ahad nie bakal berlangsung Anugerah Juara Lagu yang ke-27 di Bukit Jalil. Setiap tahun AJL adalah Anugerah yang semua orang tertunggu - tunggu dan teringin sangat nak tengok. Daaan, YY teruja sangat kalau dapat tengok secara live. Tema untuk AJL ke 27 ialah Eksperasi Seni.






So, Terima Kasih kepada Celcom yang bermurah hati memberi YY tiket ke Anugerah Juara Lagu untuk menonton secara live di Bukit Jalil. Haiyaaaak, banyak sungguh kenangan manis YY dengan Celcom nie. Celcom memang terbaik lah. 

Nah, nie nak bagi korang ingat balik senarai yang akan bersaing di Peringkat Anugerah Juara Lagu nanti.



01. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
02. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja
03. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat
04. Terukir Di Bintang (Aizat Amdan) – Yuna
05. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
06. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
07. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram
08. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
09. Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai
10. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
11. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
12. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah


Tak sabar rasa nya nak tunggu 6hb Januari 2013 niee. Jom kita ke Bukit Jalil. :)






Senarai Pemenang #AJL27 | Tahniah & Terima Kasih Celcom Xpax

$
0
0


Assalammualaikum,


Sambungan dari kisah kat SINI.



AJL 27212
bersama Angah Nanie, peneman.

Semua pun tahu siapa yang memegang gelaran Juara Lagu yang ke 27 . Tahniah kepada Aizat yang telah membawa lagu Yuna dengan penuh klasik, dan buat ramai yang jatuh cinta dengan lagu hasil karya Yuna “Terukir di Bintang” . Dengan gaya selumber, persembahan Aizat memang menarik.

AJL 27176
Aizat ketika persembahan.


AJL 27185
Terukir di Bintang – Juara AJL ke 27



Korang pun sedia maklumkan, YY nie dapat tiket dari Celcom Xpax, so terima kasih banyak pada Celcom sebab buat YY enjoy dan teruja melihat sendiri secara langsung kemeriahan dengan penonton yang sporting gilerrr. Nak Masuk stadium pun xde lah sampai nak beratur panjang, sebab ada pintu khas bagi pemegang tiket Xpax.



AJL 27100AJL 27108
AJL 27196AJL 27195
Terima Kasih Celcom – Xpax.


Citer banyak pun x guna, apa kata korang layan dulu gegambor yang sempat YY snap. Tapi sebab camera x berapa nak zoom kan, ini lah hasil nyaa.


AJL 27119AJL 27133AJL 27135AJL 27147AJL 27163AJL 27169AJL 27175AJL 27180

:: Senarai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 27 ::

Keputusan Anugerah Juara Lagu 2013 (AJL 27)

Persembahan Terbaik: Black feat. RJ – Teman Pengganti

Vokal Terbaik: Hafiz – Ku Akui

Lagu Tempat Ketiga AJL 27: Hafiz – Ku Akui

Naib Juara: Azlan ATT – Idola

Tempat Pertama: Aizat Amdan – Terukir Di Bintang


 
AJL 27205AJL 27208
Bukan Red tapi Purple Carpet tau.



 
Yeaaah, Ini lah kisah YY di Malam Anugerah Juara Lagu ke 27. Semuanya sebab Celcom Xpax. Celcom Rockkkkkkkkkk !!!
 


 



P/S : Kenangan indah kerana Celcom
















Review Filem Juvana | Sinopsis dan Trailer

$
0
0
Assalammualaikum,

Weee ~~ baru – baru nie YY berkesempatan ke Majlis Pratonton Filem Juvana . Filem yang menjadi kesinambungan dari Juvana Drama Bersiri di TV3. Terima Kasih Azwan Alternate Pictures sebab sudi jemput YY. Seronok dapat menonton bersama dengan para Pelakon dari Filem Juvana. Puas hati bila dapat menonton Filem yang berkualiti. Tahniah Pengarah filem Juvana Faisal Ishak.


Poster Juvana

Sinopsis :
Filem Juvana merupakan kesinambungan daripada drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011.


juvana 1
Masa untuk berpindah ke Indera Sakti



juvana 1-5
Botak Kembali


Filem Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka.



juvana 1-16
Adlin Aman Ramli sebagai Warden



juvana 1-21
Lan Todak & Jamal



juvana 1-28
Daim ( Zahiril Adzim ) dan Sara ( Shiera Ayob )



Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka. Apa jadi seterusnya kepada mereka. Boleh saksi kan di panggung 24 Januari 2013.



juvana 1-32juvana 1-35juvana 1-42juvana 1-44
 
Barisan Pelakon :
Johan Asari sebagai Botak
Zahiril Adzim sebagai Daim
Syazwan Zulkifly sebagai Apek
Sharnaaz Ahmad sebagai Lan Todak
Syafie Naswip sebagai Jamal
Shiera Aiyob sebagai Sara
Idzham Ismail sebagai Panjang
Adam Shah sebagai Ayam
Megat Farzeril sebagai Kicap
Khairul Mohamed sebagai Komeng
Adlin Aman Ramli sebagai Tuan Ali
Sara Ali sebagai Juriah
Rahhim Omar sebagai Pengetua

 
Trailer :


 
Review :
Sebenarnya, masa siri dulu ada jugak episod yang YY ketinggalan. Tapi sebab penangan Juvana sangat kuat di kalangan kengkawan yang asik duk citer, berusaha tengok jugak. Tapi memang berbaloi bila menonton kesinambungan Drama Juvana di Filem. Seriusss, apa yang korang nak tahu ada jawapan di dalam Filem.

Banyak pengajaran dalam Filem nie, tak semestinya bila kita jahat, tapi akan jahat selamanya, dan orang baik boleh jadi jahat kalau asik duk kawan ngan orang jahat. Boleh buat kita insaf bila tengok camne bila kita berada di Pusat Juvana. Belum lagi kena denda ngan Warden, siap kena buli lagi dengan otai – otai Juvana .


Bila tengok keadaan Pusat Juvana, sumpah memang tak teringin pun nak masuk. Lakonan Sharnaaz sebagai Lan Todak, buat kita menyampah dan benci giler. YY siap ada menjerit kot bila tengok cara Lan Todak membuli penghuni Sekolah Indera Sakti. Hurrm, minta simpang lah. X sanggup kot kena buli camgitue. 


Cara pembulian, itu korang kena tengok sendiri lah.
Botak , Filem Juvana adalah Filem pertama Johan Asaari. Agak – agak korang Botak akan insaf ke bila berpindah ke Indera Sakti. Apek lakonan Syazwan Zulkifli YY suka lah, sweet jer sebab dia macam ada sense of humor dalam Filem Juvana nie. Walaupun jahat, setiap orang masih ada sifat kasih sayang dalam Filem Juvana nie.

 
Bintang : 4.5 / Bintang.
 
***********************************************************
Gambar Sekitar PraTonton dan Sidang Media Filem Juvana
Filem Juvana 108Filem Juvana 110Filem Juvana 113Filem Juvana 115Filem Juvana 121Filem Juvana 123
Sidang Media dan Sessi Bergambar.
 
Filem Juvana 126Filem Juvana 132
Blogger yang Hadir Ruby dan Broframestone



 
Apa lagi, cecepat terjah panggung pada 24 Januari 2013 nie. Tak rugi uolss. Filem yang mengambil masa hanya 17 hari penggambaran, tapi hasil memang memuaskan hati.


Twitter :  @JuvanaFilm  

Hastag : #Juvana




P/S : Filem Juvana Banyak Pengajaran.




Hampir Kehilangan Si Dia , SEGERA dapatkan DATA - Episod 2

$
0
0
Wee ~~ sambungan kisah kehilangan orang tersayang. Alah kalau korang lupa boleh terjah SINI

Don't Lose It All - Episod 2 Trailer mengimbau kisah lalu antara Nick, Amy dan Joe?


Amy menjadi lebih tertekan dengan sikap Nick yang berdiam diri tanpa sebarang berita setelah pemergiannya.

Banyak masalah timbul bila bercinta jarak jauh. Tambahan bila xde DATA. Bila ada DATA , baru sebuah hubungan dapat di cantum kembali . Takde ler sesedih , kemudian fikir yang bukan - bukan. Macam kisah Nick dan Amy yang semakin sedih dan menjarakkan lagi hubungan tanpa DATA.

Jom layan Video nie, Untuk tahu lebih lanjut apa yang terjadi.





Adakah Amy akan berubah hati? 


Apa yang terjadi pada Nick ? 


Cincin tersebut untuk siapa?



Cerita ini semakin mendebarkan dengan yang akan terjadi antara Nick dan Amy 


dan juga bagaimana pula dengan Joe ??




Apa yang akan terjadi kemudiannya... saksikan di http://www.xpax.com.my/c1.php 

dan nantikan kisah ini terbongkar pada 18 Januari 2012   #Don’tLoseItAll @xpaxsays 




Dalam sebuah perhubungan, Komunikasi sangat penting. So, bila ada DATA komunikasi tidak akan terbatas malahan lebih jimat. Kita boleh whatsApp , Boleh bertwitter , Boleh ber Facebook , Viber , Skype dengan insan yang jauh di mata dan pasti nya dekat di hati. 

Tak mo lah jadi macam Nick dan Amy, akibat takde DATA. Susah hati, kerisauan , curiga semua pun timbul. Hati pun x gembira.

Macam - macam YY pun guna DATA plan. Memang sesuai dengan gaya hidup masa kini. Nak berhubung dengan sesape dan di mana jua. Hari - hari kita boleh berhubung dengan yang tersayang dengan lebih penjimatan. 



Kini pelan data adalah keperluan untuk kita semua berhubung. Hanya perlu dail *128# untuk melanggani mana-mana pakej pilihan. 


Layari http://www.xpax.com.my untuk maklumat lebih lanjut.




P/S : Hidup bagai kan kosong tanpa DATA.



Sinopsis & Trailer Filem Rock Oo | Rimba Bara

$
0
0


Assalammualaikum,




Bagi mereka yang tidak berpeluang menyaksikan filem Rock pada tahun 2005, korang pasti tidak familiar dengan Rimba Bara. Rimba Bara merupakan nama kumpulan rockers kampung yang cukup terkenal pada tahun 80-an dan hanya muncul dalam filem Rock, sebuah filem yang cukup mendapat sambutan tujuh tahun lalu.Kali ini, pengarah Mamat Khalid sekali lagi menemukan korang dengan Rimba Bara dalam Rock Oo.

Filem Rock Oo merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas semangat mereka yang ingin terus kekal gah di arena muzik tanah air. Berpegang kepada azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) iaitu “Pantang anak petani moden mengundur kalah,” rockers kampung ini sanggup berjuang bermati – matian demi mempertahankan minat dan cita – cita mereka.

Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung.  Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair.  Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh Mamat Khalid menerusi filem “ROCK Oo…” dan adakah filem ini lebih menyengat dari yang asal?

Filem terbitan Grand Brilliance ini dibintangi oleh Que Haidar (Amy Mat Piah), Khir Rahman (Jijo), Sofi Jikkan (Zul Kapan), Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah) dan Norazmi Bahron (Mi Black) dan Rimba Barabakal menemui anda pada 28 Februari 2013 di pawagam seluruh Malaysia.










Sinopsis :

Filem ‘ROCK Ooo…’ merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) : “Pantang anak petani moden mengundur kalah.”

Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung.  Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair.  Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh Mamat Khalid menerusi filem “ROCK Ooo…” dan adakah filem ini lebih menyengat dari yang asal?  “ROCK Ooo…”  turut dibintangi Khir Rahman, Sofi Jikan dan Pekin Ibrahim.



TRAILER :





LIKE FACEBOOK ROCK Oo ... < SINI>


P/S : lama tak tgk Que Haidar di layar :)











Don't Lose It All | Kisah tentang DATA

$
0
0

Assalammualaikum,

Layan Video dulu ::




Wee ~~ sambungan kisah hubungan jarak jauh antara Nick dan Amy. Agak - agak korang apa jadi eh. Sedih dan makin sedih bila hubungan terasa makin jauh , tanpa kabar berita. Kehilangan Nick yang begitu lama, adakah mempengaruhi hubungan natara Amy dan Nick.

Akhirnya , jawapan di ketemukan. Sesuatu terjadi pada Nick, itu adalah punca kenapa Nick tidak menghubungi Amy.


Nick dalam perjalanan untuk membeli cincin apabila tragedi berlaku. Nick ingin membantu seorang perempuan yang malang, tapi Nick telah tercedera.

Adakah Amy akan melakukan sesuatu jika mengetahui yang Nick menghadapi masalah ?


Apa jadi dengan Nick, korang boleh tgk di Episod seterusnya kisah Nick dan Amy.


Menunggu terlalu lama, buat Amy rasa seolah - olah berputus - asa untuk menunggu Nick. Di samping Amy telah berasa selesa dengan Joe.


Adakah Joe mengambil kesempatan atas masalah yang di hadapai antara Amy dan Nick?


Perkara penting dalam perhubungan di antara Nick dan Amy adalah DATA. disebabkan ketiadaan DATA, Nick tidak boleh memberi tahu kepada Amy di atas apa yang terjadi di atas diri nya. Lagipun, segala-galanya adalah di internet sekarang dan ia kos hampir sama pada semua. Hanya selagi kita mempunyai data, ia membuat sebuah perhubungan supaya lebih mudah dengan hanya mendail * 128 # untuk mendaftar mana-mana pakej yang menjadi pilihan dan bersesuai .






Pengalaman mengajar, komunikasi memang penting dalam sesebuah perhubungan. Bila tiada DATA, semua benda jadi x keruan . Jadi buat lah pilihan tepat dengan ada nya plan murah XPAX untuk DATA.



#DontLoseItAll 
@xpaxsays


Dial *128#  sekarang untuk pemilihan data pelan yang terbaik untuk perhubungan cinta korang tu.



Don't Lose it all, check out http://www.xpax.com.my/c1.php



P/S : DATA buat dunia bagai kan di hujung jari.









HTC Butterfly, Samsung GALAXY S III mini dan Sony Xperia™ Tipo bersama Celcom First

$
0
0

Assalammualaikum,

Hai peminat gadget, terutamanya peminat Smartphone a.k.a telefon pintar , korang tahu tak yang Celcom akan melancarkan 3 jenis Smartphone dengan Pakej rangkain terpantas Celcom . Celcom akan menyediakan pakej telefon terkini kepada pengguna dengan harga terendah dan talian yang terhebat.


Telefon pintar yang akan di perkenalkan adalah HTC Butterfly serendah RM1,468 (RRP: RM2,299), Samsung GALAXY S III Mini serendah RM588 (RRP: RM1,199) atau Sony Xperia™ Tipo serendah RM88 (RRP: RM499) dengan mana-mana pilihan hanya dengan Celcom First Plan.

Tak tahu nak buat pilihan, apa kata korang tengok dulu spec siap tipon nie, yang bersesuaian dengan kehendak korang lah.




HTC Butterfly (The world’s first full HD smartphone display from RM1,468)



  • Experience super speed and performance on the latest Android 4.1 (Jelly Bean) and 1.6 GHz quad-core Snapdragon S4 processor.
  • It has the world’s first full HD smartphone display, 5” wide. 
  • With an amazing 8MP camera, you won’t need any other.
  • Equipped with Beats Audio™ to bring music to life.

Samsung GALAXY S III mini (Intuitive and elegant from RM588)


  • Also runs on the latest Android 4.1 (Jelly Bean) 
  • Has a 1GHz dual-core processor.
  • Enjoy large view on the 4” Super AMOLED display.
  • Take pictures wherever you go with the 5MP camera and 4x optical zoom.

Sony Xperia™ Tipo (Smart, simply, hassle free from RM88)



  • Runs on Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) 
  • Has a 800 MHz Snapdragon™ processor.
  • Not too big, not too small at 3.2” with Scratch-Resistant display. 
  • Snap away with the 3.2MP camera.
Semua telefon nie, korang boleh miliki dengan pakej terhebat dengan Celcom First. Jimat dan Berbaloi - baloi tau.

Monthly Commitment
RM78
RM98
RM118
RM138
RM188
RM208
Voice Plan
Celcom First Prime (RM40)
Celcom First Premier (RM80)
Celcom First Elite (RM150)
Data Plan
Mobile Internet Basic
(RM38)
Mobile Internet Advance
(RM58)
Mobile Internet Basic
(RM38)
Mobile Internet Advance
(RM58)
Mobile Internet Basic
(RM38)
Mobile Internet Advance
(RM58)
Data Volume
1GB
3GB
1GB
3GB
1GB
3GB
FREE Data
50MB
100MB
200MB
Advance Payment
RM250
RM300
RM450
Device Price (12 months contract)
HTC Butterfly
RM1,898
RM1,798
RM1,698
Samsung GALAXY S III Mini
RM988
RM888
RM688
 Sony Xperia™ Tipo
RM368
RM288
RM208
Device Price (18 months contract)
HTC Butterfly
RM1,768
RM1,668
RM1,468
Samsung GALAXY S III Mini
RM888
RM788
RM588
Sony Xperia™ Tipo
RM288
RM208
RM88




Mengapa Celcom First ?

Ini 10 sebab kenapa perlu memilih Celcom First.

• 3 pelan mudah dengan satu kadar rata untuk panggilan suara & videoSMS & MMS.

• Nikmati lebih untuk bercakap dengan SIMPANAN AUTOMATIK pada panggilan korang kepada semua rangkaian.

• FLEKSIBILITI untuk beralih antara pascabayar dan prabayar, bila-bila masa.

 Bayaran yang dibuat pilihan MUDAH untuk korang melalui tambah nilai, dalam talian atau di kaunter.

 pelanggan EKSKLUSIF & PERIBADI perkhidmatan sentiasa bersedia untuk membantu korang.

• TIADA BIL kejutan dengan komitmen bulanan korang sudah termasuk IDD dan yuran perayauan.

• RANCANGAN ANEKA untuk pertengahan yang lebih rendah, atau penggunaan yang lebih tinggi untuk memenuhi setiap keperluan mudah alih.

• DATA PERCUMA serta-merta untuk memastikan korang melayari, berbual dan menghantar e-mel di mana sahaja.

• Berhubungan dengan KETENANGAN FIKIRAN melalui pengemaskinian dan pemberitahuan masa sebenar mengenai penggunaan korang.

• TALIAN TERPANTAS di Malaysia yang menawarkan perlindungan unggul dan kualiti.



Sekiranya korang berminat untuk melanggan pelan Celcom First dan mendapatkan pakej telefon pintar yang di tawarkan, sila layari www.celcom.com.my atau ke Blue Cube yang berhampiran.






Rindu Serindunyaaa :))

$
0
0

Assalammualaikum

Hai korang. 


Lama nyerr YY x menjengah ke Blog kesayangan niee. Minta Ampun dan maaf sesangat. Dia atas tuntutan kerja dan masalah teknikal internet yang cam haram, memang YY x dapat nak update apa-apa. Ada jugak yang bertanya bila YY nak update blog kan. Sebenarnya banyak benda yang YY nak citer, tapi tue lah. Benda yang jadi memacam nie buat hilang mood jer nak update Blog.




Rindu kat Blog dan korang semuaaaaaa :))




Review Filem Pada Suatu Cinta Dahulu | Sinopsis dan Trailer

$
0
0
Assalammualaikum,

Yuhuuu, ada yang rindu YY tak?? Ok now YY nak review Filem terbaru dari MIG yang akan berada di Panggung bermula 21 Februari 2013 . Diarahkan oleh Pengarah Hashim Rejab. Apa kata korang baca sinopsis dulu. Filem ini di lakokan oleh Intan Ladyana , Wawa zainal , Nizam , Zalif Sidek , Pierre Andre , Rebecca Nur Islam dan ramai lagi.



Sinopsis :
Rasa tertekan Zainal dengan alam perkahwinannya yang sekarang ini, mengigatkan beliau kembali tentang memori silamnya. Pada 18 tahun yang lalu, ketika dia di alam persekolahan Zainal terkenal dengan kenakalannya ketika itu Zainal baru tingkatan 4. Waktu itu Zainal mempunyai seorang kekasih yang bernama Nora. Sikap Nora yang lurus bendul membuatkan Zainal mula bosan. Namun sejak perkenalan Zainal dengan Azura seorang gadis yang cute dan pendek, membuatkan Zainal semakin hari semakin menyukai sikap Azura yang selamba itu. Namun segalanya berubah apabila Zainal mengetahui Azura menghidap penyakit kronik. Walaubagaimanapun Zainal tetap ingin meneruskan hubungannya bersama Azura, tetapi gadis itu terus menghilangkan diri tanpa pengetahuan Zainal. Berbalik pada tahun sekarang, Zainal ditakdirkan berjumpa semula dengan Azura, Azura menceritakan perkara yang sebenar bahawa selama ini dia menyamar sebagai pelajar sekolah kerana ingin menyiapkan penyelidikan psikologinya. Adakah Zainal tetap meneruskan hubungannya bersama Azura? Siapakah yang menjadi pilihan Zainal? Semuanya akan terjawab dalam filem romantik komedi, ’Pada Suatu ‘Cinta’ Dahulu’.



Trailer :


Intan Ladyana yang membawa watak Azura


Review :

Kemanisan saat di alam persekolahan memang tak leh dilupakan. Bagi YY saat sekolah adalah yang paling best sekali. Bila menonton Filem Pada suatu Cinta Dahulu memang akan mengimbau kenangan di mana korang nakal kat sekolah, buli kengkawan, mencari cinta ( eceeehh, bab nie memang YY tak pernah merasa, bila nonton Filem nie buat diri rasa cam rugi jugak takde peluang bercinta zaman sekolah ). Maklumlah, dedulu YY sekolah perempuan jer mana nak ngorat2 nie semua kan.

Tapi kan, bab membuli di sekolah nie, dari dulu sampai sekarang pun ada. Percintaan zaman sekolah pun ada baik dan buruk nya. Kalau korang naak sangat mengimbau zaman sekolah, memang patut tengok Filem nie. Daaan , boleh lihat sendiri kelainan yang di bawa oleh wawa zainal sebagai budak sekolah yang lurus. Comel jer tengok tau.


Bintang : 4 / 5 Bintang.

Blogger bersama Pelakon dan David Teo.



P/S : setiap orang ada pandangan sendiri, so ini pandangan peribadi YY yaaa . Peacee !!!








MIG dan Blogger | Sambut Raya Bersama

$
0
0


Assalammualaikum,

Wehuuu, agak lambat plak YY update pasal jamuan tahuan baru cina MIG dan Blogger. Jemputan direct dari David Teo, COO kepada Metrowealth adalah satu penghormatan buat YY. Terima Kasih DT kerana mengiktiraf blogger. Terima Kasih jua sebab sudi jemput YY di setiap Tayangan Esklusif Filem - Filem terbitan MIG.

Ucapan dari COO MIG , Mejar David Teo

Walaupun kesesakan lalulintas yang amat dahsat pada hari kejadian, YY tetap redah jua bersama adik kesayangan. Bukan selalu YY dapat bawak adik pi event2 nie, gegara keje dia yang tak tentu masa. So, kebetulan pulak dia cuti, apa lagikk YY angkut lah sekali. Buat peneman kan. Baru nak kelentong kata bawak pakwe, dah semua tahu dia adalah adik kandung YY. Muhahhahaha, nampak sangat tak leh nak sorok kan. Sebab kekadang kalau YY kuar ngan adik, orang selalu igt YY nie wife dia. Hahahahha, itu lagi tak leh blah kan.

Cabutan bertuah dari Wawa Zainal

Camwhore dengan Wawa Zainal



Jom layan gambor jer lah, citer banyak pun tak guna. Yeaaah , makanan semua sedap uolsss, plus siap ada cabutan bertuah, dan angpow lor. Semestinya dari David Teo sendiri. Tochee, Tochee,... Lepas jugak buat duit makan seminggu. Ahaaakssss.


Kami dapatr Angpow lah.


Antara Blogger yang hadir Nisa Kay , Broframestone , Cik Nurul , dan Anne


Adik YY yang teruja dapat berhambar dengan Wawa Zainal

Mikail Andre pun ada uolsss.

Camne adik YY leh terselit dengan Sahabat DT nie, Muhahahhaha

Terima Kasih sekali lagi buat David Teo dan MIG. Yerlah sudi jemput YY blogger picisan nie. Siap dapat Angpow tue yang best. Adik YY pulak dapat cabutan bertuah iaitu Hair dryer. Sah, sah ler kakak dia yang gunakan. Hikhikhik,





Peeaceeee, Bukan janji tapi pasti :))



P/S : Ada projek baru MIG dan Blogger, Yehaaaaa :))





Bertemu Blogger Mia Liana , Mak Dara dan Kak Gurl

$
0
0

Assalammualaikum,

Hai korang. YY minta maaf bebanyak sebab sekarang memang jarang hupdate. Kat rumah YY dah terminate Streamyx sebab bengang giler. Tenet tak leh guna, tapi byr bulan2. Pasal kegeraman nie akan YY bebelkan bila Unifi telah di pasang ya. Buat masa sekarang memang tak leh nak online. Kat opis pun x dan sebab banyak keje uolss. Maklum lah, menjaga keamanan negara. Eceeeeh , muhahahha.

So, malam tadi dengan gigihnya YY melepak di Old Town kekonon nak hupdate blog yang terbengkalai lama, dan tanpa di sangka YY ternampak Mak Dara dengan Kak Mia Liana senang kusyuk boraking sambil jamu selera. Apa lagi, YY pun post lah kat Wall MD. Sebab, YY takut salah orang. Maklum lah, rabun kan. 

Akhirnya, Mak Dara a.k.a Kak Adza , Kak Mia Liana , dan Kak Gurl berpindah ke meja YY yang duk sengsorang nie. Bergosip dan berborak sampai 12.30mlm. Dah tue, memang tak jadi lah YY nak menaip kalau dah sibuk borak kan. Seronok kot jumpa kawan blogger dan sharing2 info.


YY dan Kak Mia Liana dan Mak Dara.



P/S : Lambat pulok Unifi nak datang pasang kat rumah.


*Mak kepada Mak Dara di ICU sekarang, minta doakan semuanya selamat dan moga cepat sembuh.






[ GAMBAR ] Tiz Zakiyah di Malam Preview #CintaJanganPergi

$
0
0


Assalammualaikum,

Weee, jom korang layan gambar Tiz Zakiyah di Malam Prebiu Drama Siri Cinta Jangan Pergi yang bakal di Tayangkan di TV9 bermula 6 April 2013 , setiap Sabtu dan Ahad. Drama Siri 26 Episod, di arahkan oleh Pengarah Hebat Khabir Bhatia dan di antara Drama Siri yang termahal diterbutkan.













Lawak Ke Der 2 di Panggung, Patut Pi Terjaaaah.

$
0
0

Assalammualaikum,

Lawak Ke Der, Lawak Ke Der , Lawak Ke Der. 

Haaa, korang tahu tak yang Lawak Ke Der 2 yang dulu di pentaskan di panggung Istana Budaya, Now dah keluar dalam bentuk Filem. Pestime tau Dari Pentas ke Filem. 



Daaaaan, memang terbaik dan kelakar uolsss. Korang kalau xde kesempatan masa kat Istana Budaya dulu, memang patut lah menerjah panggung. Bermula 7 Mac 2013 , sila lah bawak kaum kerabat. Emak, Bapak , Anak - beranak semuaa. Memang boleh buat pecah perut. UYY masa pi tengok prebiu pun, balik berdarah tekak tau. Duk gelak sakan.


Orang Kuat di sebalik penerbitan Lawak Ke Der 2

Lawak Ke Der 2 ada, Nabil , Jozan , Boboi dan Harith Iskandar. Paling buat pecah perut dan gelak sampai lebam adalah Harith Iskandar. Memang dia seorang yang berbakat besar. Dengan hanya berbekalkan sebatang Mic, Harith boleh buat lawak bersahaja tanpa henti. Memang terbaik dan hebat.


Jozan sape tak tahu kan, memang gandingan yang sangat kekemiaan termasuk lah Boboi. Lawak Gangnam Style dan menaiki Flighr Redha Airways memang pecah perut. Korang jugak boleh tengok Nabil menari Gangnam Style tau. Muhahahahha, duk taip nie pun masih terbayang kelawakkan Lawak Ke Der 2 niee.





P/S : Macam nak pi tengok lagi,... JOMMMMM :)


Konsert Nusantara di Istana Budaya | Pelancaran YIRMI

$
0
0
Assalammualaikum,

Baru – Baru nie berlangsung Konsert Nusantara iaitu Gabungan antara artis Malaysia dan Indonesia di Istana Budaya. YY berkesempatan ke malam pertama Konsert iaitu Malam untuk Media dan pada malam yang sama ada pelancaran Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesi ( YIRMI ) . Dirasmikan oleh  Dato' Seri Utama Rais Yatim , acara penuh gemilang. Turut hadir Bapak Herman Prayitno, Duta Besar Republik Indonesia dan Isteri.

Antara artis Malaysia yang ada malam tue , Dato’ Siti Nurhaliza , Hafiz Suip , Bob Yusof , Yazer , Dato’ Yusni Hamid  dan artis Indonesia Rossa , Endang S. Taurina dan Elly Kasim. Pelbagai persembahan dari budaya Malaysia dan Indonesia yang di persembahkan. Memang best dan menarik. Teruja sangat tengok tau.

Meh korang, tengok gegambar yang YY sempat snap pada malam Konsert Nusantara di Istina Budaya baru – baru nie.

IMG_7354

Konsert Nusantara  530-IMG_7525Konsert Nusantara  532-IMG_7527

Konsert Nusantara  539-IMG_7534Konsert Nusantara  560-IMG_7555

Konsert Nusantara  606-IMG_7601

Konsert Nusantara  660-IMG_7655


Jap , Jap asik tengok gambar Siti dan Rossa jer, meh layan gambor masa pelancaran YIRMI oleh Duta besar Indonesia ke Malaysia dan Menteri Penerangan , Komunikasi dan kebudayaan Malaysia.


IMG_7421IMG_7427
IMG_7428IMG_7436


Ok, sambung balik citer pasal persembahan. Indonesia menampilkan artis hebatnya iaitu Rossa , Elly Kasin dan Endang S.Taurina dengan nyanyian lagu Sunda , Minang dan Bugis . Persembahan kebudayaan Indoneisa turut melibatkan pelajar Sekolah Indonesia Kuala Lumpur , Komunitas Seni Bawean , Komunitas Seni Mandailing dan Kelompk Seni Mahasiswa Universitas Islam ANtarabangsa ( UIA ) . Antara muzik dan tari yang dipersembahkan ialah persembahan Angklung , Gamelan , Rampak Bedung Banten , Tari Saman , Hadrah , Jaipong , Bugis , Tari Endeng – Endeng , muzik Gordang Sambilan dan Jathilan Ponorogo.



IMG_7397IMG_7401IMG_7408IMG_7465IMG_7479IMG_7475


Malaysia pulak menampilkan persembahan kebudayaan Malaysia yang ditarikan oleh Artis Istana Budaya dan muzik diiringi oleh Okestra Traditional Malaysia Istana Budaya. Antara Muzik dan tari yang di persembahkan ialah Tarian Samrah ( tarian masyarakat Melayu ) , tarian diiringi lagu ‘Tandang Bermadah’ ( tarian masyarakat sarawak ) dan tarian diiringi lagu ‘Aku Anak Kampung’ ( tarian masyarakat Sabah ).


IMG_7381IMG_7486IMG_7489IMG_7493


Konsert yang menarik , memang enjoy. Moga hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia berkekalan. Peaceee no War yaaa.


IMG_7686IMG_7697IMG_7701IMG_7709 


Jom Follow Instagram YY @yanayassin.


P/S : Budaya berbeza tapi kita boleh bersatu Smile

#Ada VIDEO time Siti Nyanyi. Tungggguuuuu





Wordless Wednesday | Ekspresi Wajah

Cinta Jangan Pergi di TV9 April 2013

$
0
0
Cinta Jangan Pergi ,

Assalammualaikum,

Hurrm, nape pulok duk sebut Cinta Jangan Pergi Pulok nie. Adakah YY sedang bercinta. Aik, dah bercinta nak pergi kemana pulak. Ok3, korang jangan nak pening, pening. Nak runsing, runsing yaaaa. Ini bukan kisah YY putus cinta ke apa. Ini adalah Tajuk Drama siri terbaru yang akan bersiaran di TV9.

Iyerrr, Drama Siri yang akan bersiaran di TV9 setiap hari Sabtu dan Ahad bermula 4 April 2013. Antara Drama Siri yang korang wajib tengok tau. Memang best dan terbaik. Hasil Arahan Khabir Bhatia. Alaaah, pengarah yang buat citer Nur Kasih tuee. Comfirm lah best kan.



Pelakon?? Haaa, tau dah mesti korang tertanya – tanya kan,

Pelakon utama Remy Ishak dan Tiz Zakiyah. Keserasian diorang sebagai pasangan kekasih memang dah terbukti setelah digabungkan di dalam drama dan Filem Nur Kasih telah mencetuskan idea pengarah kaliber Khabir Bhatia untuk meneruskan rantaian keserasian mereka menerusi drama bersiri yang mengandungi 26 episod ini.

Cinta Jangan Pergi ini tidak hanya bersandarkan pada kekuatan kedua pelakon itu sahaja, malhan turut dibantu oleh Nadia Nissa , Josiah Hogan , Bil Azali , Esma Danial , Ramona Zam Zam , Aleza Shadan dan Kartina Ayoob yang menjadi penguat jalan cerita drama ini.

cinta jangan pergi tv9112cinta jangan pergi tv9113cinta jangan pergi tv9162


Drama bersiri yang termahal setakat ini tau. Penggambaran di buat di tempat – tempat menarik sekitar eropah dan Malaysia. Serius memang cantik giler view dalam drama nie. Lebih – lebih lagi part masa kat New Zealand. Wowwww, memang YY terpegun. Rasa nak pergi sana jugak. Huntung sungguh pelakon dapat pi tengok tempat orang sambil bekerja kan.


Eh, korang pelik eh. Mana YY tahu citer nie best lah, view cantik lah. Alaaah, korang kena percaya cakap YY nie,


sebab,


YY berpeluang menonton 2 episod dari 26 episod drama siri yang bakal ke baboooom nie. Malam gala tayangan untuk media baru – baru nie , buat YY teruja nak story mory dengan korang kebest an citer nie. Kekemiaan Remy Ishak dan Tiz Zakiah memang korang x kan regret, plus watak Nadia Nissa yang kelakar spontan tau. Apa jer dialog yang keluar dari Nadia boleh buat korang gelak. Dengan Aksi giler2 dia sebagai kawan baik kepada Tiz Zakiyah.



cinta jangan pergi tv9156
Pelakon – Pelakon Cinta Jangan Pergi

Sinopsis :

Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua insan kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya ( Tiz Zaqyah ) dan Khalil ( Remy Ishak ) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.


Mulanya , Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit – bibit cinta mula terbit dihati dan mereka mula mengikat janji. Kalil membuktikan cintanya bukan hanya semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun tanpa disangka, dalam sekelip mata segala yang di rancang berubah tanpa di duga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Khalil.


Apakah Kesudahan Cinta Lea dan Kalil ??

cinta jangan pergi tv9121



Haaaa, itu yang korang kena tengok di TV9 bermula 6 April 2013, setiap Sabtu dan Ahad pukul 8.30 malam. Memang tak nyesal punyaaa . Smile



Maklumat lanjut korang boleh terjah :: www.tv9.com.my /cintajanganpergi





****************************************************************************


Meh layan gambar di sekitar Majlis Malam Gala Tayangan Khas Media Cinta Jangan Pergi .



cinta jangan pergi tv9133cinta jangan pergi tv9135cinta jangan pergi tv9145cinta jangan pergi tv9150
Ole – Ole dari team Cinta Jangan Pergi.

cinta jangan pergi tv9100cinta jangan pergi tv9137cinta jangan pergi tv9152cinta jangan pergi tv9145
cinta jangan pergi tv9146
Abaikan mata cam nak tido tuee.

Camwhore With Tiz Zaqyah

Terima Kasih buat BFF YY yang buat masa nie rajin bebenor follow YY ke Preview Filem or Event. Terima Kasih Angah, terharu along tau. Ngeh3x.

cinta jangan pergi tv9124
YY dan Angah Nanie.
Kami enjoy menonton 2 episod jer, tapi memang tak sabar nak nengok kat TV. Kalau terlepas kan, korang boleh terjah www.tonton.com.my







Promosi Secret Recipe sepotong kek RM 1

$
0
0
Assalammualaikum,

Weee ~~ sape suka makan kek. Alaah, kek yang sweet2, sedap sesangat dari Secret Recipe tuee. Haaa, nak bagi tau korang nie. Korang tahu tak yang Secret Recipe ada buat promosi, terbaik punya bermula 11 Mac – 24 Mac 2013 ( 2 minggu sahaja ) . Macam – macam pilihan kek ada tau.

Promosi nya adalah,



Secret Recipe



Dengan setiap pembelian 2 menu utama, korang boleh beli kek dari Secret Recipe dengan hanya RM 1 untuk satu potong. Haaa, nampak tak betapa best nya promosi nie. Banyak yang korang boleh jimat tau. Kalau sape yang biasa makan dekat Secret Recipe mesti tahu yang sepotong kek SR dah berapa harga. So, dengan promosi terbaru dari Secret Recipe, banyaaaaaaaaak jimat wowwwww.



Naaah, nak bagi korang terliuq sikit dengan antara menu utama yang baru – baru nie Y berpeluang untuk merasa kesedapan nyaaa.




secret recipe 111
Irish Lamb Shank



secret recipe 125
Chicken Parmigiana




secret recipe 127
Pan Grill Dory With Lobster Sauce




secret recipe 137



Nampak tak, terliuq tak. Nie antara menu utama yang korang boleh pilih. Lepas tuee, apa lagi pilih lah kek – kek yang menjadi pilihan dengan hanya harga RM 1.



secret recipe 102secret recipe 103
Antara kek kek yang boleh di pilih.



Selepas menjamu selera, Kek adalah pencuci mulut yang sesuai sangat kalau korang menerjah Secret Recepi dari 11 Mac – 24 Mac 2013. Buat pilihan yang bijak uolsss.



secret recipe 121
Green Tea Cheese Kek



secret recipe 156
Crème Brulee Cheese


Apa tunggu lagi, jom bawak kaum kerabat, sahabat handai ke Secret Recipe berhampiran korang. Memang berbaloi – baloi .



secret recipe 147
Nampaaak, 2 menu dapat satu potong kek dengan harga RM 1 Jerrrrr .



JOM LIKE Secret Recipe Malaysia di https://www.facebook.com/SecretRecipeMsia


Share Promosi hebat ini dengan kengkawan korang di facebook yaaa http://bit.ly/sliceofcake



P/S : Boleh bawak boipren pi makan, jimat3.



Viewing all 384 articles
Browse latest View live