↧
Fazura ajak korang tengok Filem #ZaitonCeritaku :P
↧
Review | Filem Aku Terima Nikahnya - Sinopsis & Trailer
Assalammualaikum,
Weee ~~ meh kita review Filem lagi . Kali nie Filem terbitan MIG yang diarahkan oleh projek Skim 10 pengarah muda MIG, dan Eyra Rahman adalah pengarah terakhir dalam projek nie. Seorang pengarah perempuan yang berbakat pernah menjadi pembantu kepada Osman Ali pengarah Ombak rindu tuee.
Filem Aku Terima Nikahnya Filem ke-66 terbitan MIG yang dilakonkan oleh Pelakon hebat kelahiran Singapua Adi Putra dan Hot mama Nora Danish. Pelakon pembantu lain ialah Mon Ryanti , Alex Yanz , Kamal Faridz serta beberapa pelakon senior seperti Dato' Tarmimi Siregar , Dian P.Ramlee dan Azizah Mahzan. Lokasi pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Port Dickson pada Februari 2012.
![]()

Sinopsis :
Kisah Sepasang kekasih Johan ( AdiPutra ) dan Arlisa ( Nora Danish ) yang disatukan dengan ikatan pernikahan . So, bila dah kawin, melalui detik-detik indah hidup sebagai suami isteri. Tapi satu tragedi berlaku apabila Johan di timpa kemalangan dan disahkan menghadapi Selective Amnesia yang manaJohan hanya ingat perkara yang berlaku ketika dia berusia 31 tahun iaitu 2 tahun sebelum dia mengenali Arlisa.
Aku Terima Nikahnya.
Romantis
Johan yang tak ingat langsung dengan Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri . Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha untuk Johan mendapatkan Ingatannya kembali. Perlbagai usaha dan cara yang Arlisa lakukan tapi tidak berhasil. Pertemuan Johan dan Suriya ( Mon Ryanti ) , kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu kerana Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding dirinya sebaga isteri kepada Johan.
Kesedihan tak terbendung oleh Arlisa
Siapa kau ?? Kata-kata Johan yang mengejutkan Arlisa.
Ketegangan berlaku
Sehingga, suatu hari Arlisa terserempak dengan Johan dan Suriya didalam keadaan mencurigakan. Arlisa sangat kecewa dan berputus asa.
Adakah Arlisa akan mengalah ? Adakah Johan akan mengingati semuanya kembali ? Apa akan terjadi dengan perhubungan Johan dan Arlisa ? Tue korang kena tengok lah yaa.
Trailer
Review :
Gandingan antara Adiputra dan Nora Danish memang tak leh nak pertikai kekemian diorang. Sape layan Drama Tentang Dhia sebelum nie, mesti korang faham maksud YY. Memang babak romantis menjadi uolss. Tersentuh dihati gituee. Nampak real cam diorg nie memang suami isteri bukan sedang berlakon. Kalau dah Pelakon hebat, harus lah feel lain macam kan. Cuma bagi YY lah, bila babak sedih jadi tak sampai lah kat hati nie. Maybe sebab dialog macam tak kena pulak dengan babak sedih ketika tue. tapi bukan semua babak lah.
Bagi YY, Filem nie boleh ditonton buat semua yang sedang berkasih sayang. Mana tahu yang adamasalah, pun boleh tengok. Kasik korang semangat sikit nak perbaiki hubungan korang yang ada masalah tuee. Korang boleh lihat betapa berusaha nya Arlisa untuk mendapatkan semula cinta yang Johan 'terlupa'.
4.0 / 5 bintang
*******************************************************
Gambar sekitar Malam Preview Aku Terima Nikahnya.
PC time
Pengarah
P/S : Romantik kalau nak tiru tunggu ada ikatan yang sah yaa .:P

↧
↧
Bebelan Sebelum Bercuti Panjaaaaaang :P
Assalammualaikum,
Salam Jumaat korang. Camne kat opis today. YY tengah bosan sebab takde keje. Yang cuti pun ramai. Kalau sape yang pasan, kan YY nak bercuti seminggu bermula esok. Nak pi Negara 'Komunis' . Cam biasa YY bersama insan - insan tersayang yang kaki jalan. Kitaorang travel berempat jer dan semua nya gegurl. Flight petang esok ( Sabtu ) tapi cam biasa YY bab packing agak kemalasan. Satu benda pun tak kemas lagi. Gigih lah malam nie nak berkemas, mana nak siap kan entri lagi. Haissh, nie lah bahana kalau mood menulis turun naik.
Kekonon YY nak buat entri Auto Post, kot3 lah x dapa tnak online kan. Kang, muntah darah pulak korang tiap kali buka Blog YY nie asik entri sama dan dah basi pun. So, YY akan usaha kan jugak supa ada entri walaupun YY berada jauh dari bumi Malaysia. Eceeeh, ngada kan. Macam lah ada orang nak baca bebelan YY yang takde pekdah nie.
Kalau ikutkan, YY mana lah biasa bercuti jejauh nie. Tapi satu Malaysia YY dah pusing termasuk Sabah dan Sarawak. Seronok bila dapat berjalan ke tempat orang. Tak kan kita orang KL, nak duk KL jer kan.
Sebab kan insan - insan tersayang nie kaki jalan, Jadi kitaorg dah berjalan bersama berempat ke Pulau Pinang , Langkawi , Melaka , Korea , Singapore dan Negara yang YY akan pergi esok. Comfirm lah YY akan citer ngan korang pengalaman YY kan. Dan tak lupa satu lagi negara tahun depan Januari 2013 . Maklum lah, bila tambang murah AA, kena lah beli awal. Kalau duit banyak sampai tak tahu nak buat apa, boleh arr plan terus beli tiket. Cam kitaorg, memang kena tunggu tambang murah lah.
Tips kitaorang berjalan kan. Memula Usha tiket dan beli. Kemudian buat collection bulanan. So, takde lah nak kuar duit sedebuk. Biasanya perjalanan kan jauh lagi dari tarikh pembelian tiket, sempat ja nak kumpul duit. Ikat perut jugak lah, berjalan nya pasal. Paling best bila kita ada kawan yang sekapala, x banyak kerenah. Boleh dibawa bincang Ketepi dan ke tengah.
Sebabkan asik berjalan, ada yang ingat YY keje dengan Travel Agency , Bila asik jumpa retis orang ingat YY keje bidang hiburan , Haiyaaak, YY nie keje sepenuh masa "urusan seri paduka baginda". Blogging adalah sesuka mengisi masa lapang.
P/S : Jom join Mega GA YY, Banyak Hadiah woooo !!!!

↧
Sistem Solar PV pertama Petronas | Jimat Tenaga
Assalammualaikum,
Wee ~~ nak tanya korang nie. Korang tahu kah apa itu tenaga solar. Haaa, mungkin ada yang tak tahu kan. Tenaga Solar nie adalah tenaga yang kita dapat dari cahaya Matahari. Penggunaan Tenaga Solar mampu menjimatkan penggunaan kuasa elektrik. Ibarat macam, kita guna elektrik dari sumber cahaya matahari. Kan jimat banyak tuee, sebab matahari percuma.
Jadi, YY rasa bertuah sangat berpeluang menghadiri perasmian Sistem Solar Photovoltaic ( PV ) di roof-top Suria KLCC baru-baru nie dan melihat sendiri PV yang telah dipasang. Ada beberapa Blogger yang YY kenal pun ada jugak.
So, dengan ada nya kelebihan dalam penggunaan tenaga Solar, Petronas dengan kerjasama Mitsubishi Corporation telah membina Sistem Solar Photovoltaic ( PV ) terbesar di atas bumbung pusat membeli belah Suria KLCC . Sistem nie telah di lancarkan oleh Menteri Tenaga , Teknologi Hijau dan Air YB Dato' Sri Peter Chin Fah Kui dan turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi dan Hiliran Petronas Naib Presiden Eksekutif, YBhg Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC Holdings Sendirian Berhad dan Pengerusi Suria KLCC Sendirian Berhad, Encik Hashim Wahir dan Naib Presiden Kanan Mitsubishi Corporation , Encik Kazuyuki Mori.
VIP yang Hadir.
Perasmian oleh Menteri
Sistem PV ini di pasang dengan keluasan 9,000 kaki persegi dan boleh membekalkan kira-kira 685 kilowatt . Pemasangan dimulakan pada April 2011 dan mengambil masa hanya 9 bulan untuk disiapkan. Telah memulakan operasi pada Februari 2012 dan mampu menghasilkan lebih 600 Megawatt tenaga solar setiap tahun cukup untuk kuasa sehingga 250 isi rumah . Ia kini mampu membekalkan kira-kira 30% daripada keperluan tenaga di Suria KLCC.
Sistem PV di bumbung Suria KLCC
Lawatan oleh Menteri dan pihak Media
Punya kilat, boleh nampak bayang menara berkembar
Sistem PV
Dan yang best nya, sistem panel solar telah dipasang dalam corak yang mengikuti seni bina Islam dan songket elemen-elemen reka bentuk tradisional motif yang biasa untuk Menara Kembar PETRONAS. Ini jelas boleh dilihat dari Menara Kembar PETRONAS dan bangunan pencakar langit di sekitarnya.
Pemandangan dari Bumbung Suria KLCC
Posing jugak, bukan senang nak sampai tempat terlarang nie.
Pemandangan dari menara berkembar, unik kan ??
Yeeaaah, bagus kan usaha Petronas nie. Yerlah, benda baik yang mampu mengurangkan gas rumah hijau. Kira udara pun bersih lah dengan pengurangan kira - kira 360,000 kilogram karbon dioksida CO2 setahun.
Kami lah Blogger Bertuah yang dapat melihat sendiri Sistem PV niee
↧
Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com
STICKY POST : post baru di bawah yaa.
Assalammualaikum,
Assalammualaikum,
Wee ~~ seperti yang di war-war kan sebelum nie. YY akan buat Mega GA untuk pembaca blog YY. Hadiah ada pelbagai, Ada ole-ole dari Korea , Singapore , Beijing , Pangkor , dan banyak lagi. Senarai Hadiah YY akan bagi tahu dari semasa ke semasa yaa dan akan dilistkan kemudian. Harap ada lah yang sudi nak menjoin kan diri dengan Mega GA pestime YY nie.
Cara-cara nya mudah jaa :
Terbuka kepada semua blogger di Malaysia terutama follower BlogYY lerrr , Kalau yang kat obersea tue, harap ada alamat kat Malaysia lah yaa.
1. Buat entri dan tepek banner diatas dan link kan ke entri nie.
2. Tajuk entri Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com
3. Ce citer sikit pengalaman manis/masam korang dalam dunia Blogging.
4. Tag 3 orang kawan, dan pasti kan diorang tahu lah dirinya di tag yaa.
5. Kalau sudi jom Follow @twitterYY dan Like Fanpage BlogYY sebab YY akan banyak hupdate dekat situ juaaa.
6. Letakkan Link entri korang di komen entri nie.
Update Hadiah.
1. 1 x T-Shirt Custom Design sponsor dari LiverFreakTee
2. 1 x Perfume sponsor dari www.siezuka.com
3. 5 x Pemenang Topup RM10 sponsor dari penmerah.com
4. 1 x Album 33 Lagu Hit Sepanjang Zaman by NORA sponsor dari www.nurain82.com
5. 1 x Album Shila On 7 : Menentukan Arah sponsor dari www.nurain82.com
6. 1 x DVD Filem Senjakala sponsor dari www.nurain82.com
7. 1 x Lotion NIVEA sponsor dari www.nurain82.com
8. 1 x Lori Milo sponsor dari www.nurain82.com
9. 1 x Buku KHADIJAH cinta Abadi Kekasih Nabi sponsor dari Blog Affandi Jamil
10. 1 x Perfume Escada -Island Kiss Limited Edition sponsor dari www.Alyzafisol.com
11. 2 x Ole - Ole dari Korea
12. 1 x Ole - Ole dari Singapore
14. 3 x Ole - ole dari Pangkor
15. 2 x Ole - Ole dari Cameron Highland
16. 1 x Bantal Comel Mr.Bean
17. 1 x Bantal Comel Hello Kitty
18. 3 x Note Holder
* Banyak lagi hadiah akan menyusul . Mari lah korang join dan memeriahkan lagi GA YY niee.
Pemenang akan di pilih melalui cabutan undian yaa. Baru lah Adil dan saksama dari kita suruh komputer pilih, silap2 boleh naik nombor sama banyak kali kan.
P/S : Sesape yang nak sponsr hadiah pun boleh.
Sila email kepada YY di y_2607@yahoo.com dengan tajuk Sponsor Hadiah GA.
↧
↧
Trip to Beijing - Part 1 ( Live from Beijing )

Wee ~~ salam dari Beijing uolss. Today dah masuk malam ke-2 YY berada di Negara 'Komunis' . Hari nie kita orang ke 5 tempat iaitu Tian An Men Square , Forbidden City , Silk Store , Niujie Mosque , Muslim Supermarket dan Acrobatic Show. Untuk pengetahuan YY pergi berempat jer dengan geng kaki jalan YY. Amik Pakej Muslim direct terus dengan orang Beijing, so jimat sikit. Kalau amik dari Malaysia agak mahal sebab akan ada komisyen untuk diorang kan. Detail, nanti YY citer eh. Siap YY boleh kasi contact no. sekali kalau korang memang berniat nak pi Beijing.
LCCT jom terbang.
Di Airport Beijing
So far suhu lebih kurang 10 darjah celcius dan agak sejuk. Tapi YY suka bebenor. Orang lain sibuk ngan baju sejuk, tapi YY sebab banyak lelemak terlebih, x pakai sweater pung. Kitaorang di bawa berjalan oleh pemandu pelancong yang bernama May. May orang China yang boleh berbahasa indonesia. Kira nasib kitaorang baik lah, dapat yg senang kitaorang nak komunikasi. Maklum lah, orang China nie, bahasa Inggeris pun diorang tak beberapa nak faham. Ibarat dah macam itik ngan ayam bercakap.
Kenderaan Yang akan membawa kami berempat sepanjang berada di Beijing
Hanya kami, takde campur dengan pelancong lain yaaa.
Korang layan dulu gambor hari pertama YY di Beijing yaa. Harap korang seronok melihat , macam mana seronok nya YY berada di tempat orang. Aksi-aksi terlampau korang jangan tiru pulak.
Tian An Men Square - Sopan
Tian An Men Square Mula Hilang Ingatan - Muhaahhaha.
Forbidden City
Kemeriahan Manusia
Hilang ingatan lagi. - Forbidden City
Masjid terbesar di Beijing, Niujie Mosque
Jom tengok Acrobatic
Hebat diorang niee, kagum jap.
Persembahan yang menarik
Alamak, maaf ya korang layan gambar bebanyok nie. Dah malam kedua baru tahu boleh guna internet percuma. Memula sampai kata takde wifi, rupanya kena guna cable. But, tak best nyer tenet sini dah block tak leh nak buka facebook. Nasib baik boleh buka blog kan. Bebel kat sini jer lah. Harap korang tak bosan. Ada 5 hari lagi YY kat sini. Esok misi nak ke Tembok Besar China. Harap larat naik sampai atas.
P/S : Makan pun sedap jugak kat Beijing nie, but tetap ada bawak cili dari Malaysia.

↧
Review Filem Zaiton Ceritaku | Sinopsis & Trailer
Assalammualaikum,
Wee ~~ Korang kenal Zaiton Sameon tak? Zaiton Sameon seorang DIVA dalam bidang nanyian di dalam tahun 80an. Kira lagu-lagu Zaiton Sameon nie memang melatop lah, antara nya menaruh harapan. Kalau dengar, mesti kita nak nyanyi sama, kekuatan lagu dedulu berbanding lagu sekarang. Ntah lah, bagi pendapat YY yaa. Kang jangan korang kata YY buta musik pulak.
So, kalau korang pasan lah, satu Filem Biografi bertajuk Zaiton Ceritaku akan menerjah panggung 1 November 2012 nie. Dan cam biasa lah, harus YY dapat tonton dulu di prebiu bersama Media. Terima Kasih Azwan sebab jemput kita lagi. Seronok sangat sebab dapat menonton bersama pelakon-pelakon dalam Filem nie, termasuk Zaiton Sameon yang turut memeriahkan majlis.
![]()

Sinopsis :
Di sebalik keindahan kehidupan yang dilalui, tidak terbayang keperitan yang bakal dialami. Malang tidak berbau, dalam sekelip mata semua yang disayangi hilang tidak berganti. Peristiwa malang yang menimpa Zaiton Sameon meragut segala-galanya. Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan. Malah karier beliau sebagai penyanyi juga musnah kerana peristiwa itu. Kehidupan yang dilalui selepas kemalangan sangat perit dan menyakitkan.
Zaiton di zaman kegemilangan
Zaiton selepas kemalangan , sedang di pujuk maknya
Maka terhasillah sebuah karya filem Zaiton Ceritaku olahan daripada kisah benar Zaiton Sameon. Tiada tempat untuk beliau bergantung kecuali ibunya yang tidak jemu menjaga dan mengharapkan beliau bangkit kembali. Namun, sudah jatuh ditimpa tangga, ibu pergi buat selama-lamanya. Zaiton hidup terkontang-kanting, saudara-mara pergi entah ke mana. Secara kebetulan beliau dipertemukan dengan Rahim, seorang insan yang ingin menjaga Zaiton kerana belas ehsannya.
Walaupun begitu, masih ada sebilangan manusia yang mengukur jiwa dengan wang ringgit. Mereka mempergunakan Zaiton kerana yakin masih ada pesona bintang pada dirinya. Adakah Zaiton kembali mengecapi kegemilangannya, ataupun hanya menadah impian?
Info & Trivia
Filem Zaiton Ceritaku diilhamkan oleh Hajah Ainon dan Hj. Burhanuddin, merupakan pengarah urusan Les’Copaque Production yang telah mendominasikan produk animasi Upin dan Ipin dan Filem Geng: Pengembaraan Bermula.
Kali ini di bawah naungan Bruang Filem Sdn Bhd mereka sekali lagi menghasilkan sebuah filem biografi Zaiton Ceritaku berdasarkan kisah sebenar perjalanan hidup Zaiton Sameon.
Filem sulung arahan Esma Daniel bakal menyajikan sebuah penceritaan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton yang mengenali Zaiton Sameon dan juga pada mereka yang baru mengenalinya.
Filem Zaiton Ceritaku juga hasil kerjasama Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan dibantu oleh Pengarah Seni Ombak Rindu Mohd Khairul Md Dan.
TRAILER
Review :
Bagi YY ini dalah Filem wajib tonton . Filem yang berkisar kan dari sebuah kisah benar, mampu menjadikan pengaran buat kita semua . Lakonan Nadia Aqilah sebgai Zaiton Sameon harus di puji kerana memang bagus dan terbaik. Walaupun YY bukan orang Filem atau orang seni, tapi dari pandangan YY memang Nadia Aqilah berjaya bawa watak Zaiton dengan baik. Kesedihan yang di paparkan memang sampai kat hati niee, ada jugak babak yang mampu membuat airmata YY bergenang. Sedih lah, bila sudah jatuh di timpa tangga . Dah ler kemalangan , lupa ingatan lagi. Kemudian keluarga sorang demi sorang meninggalkan nya. Weii, touching lah.
Sebagai pengarah yang pertama kali mengarah, Esma Danial harus di puji. Memang tak sangka beliau mamp mengarahkan filem yang mampu membuatkan hati tersentuh. Paling YY suka adalah sinematigrafi nya. Memang cantik. Tahniah buat tenaga produksi.
Walaupun ada yang kata Filem Biografi susah nak laku kat Malaysia, tapi YY rasa baik korang tengok dulu baru buat penilaian. Jangan terlalu cepat membuat keputusan bila Filem camginie jer comfirm tak best. Ini adalah pandangan YY, just nak share dengan korang.
4.8 / 5 Bintang.
********************************************
Gambar sekitar Tayangan Esklusif Fielm zaiton Ceritaku
Nadia Aqilah dan Zaiton Sameon
Nadia Aqilah
Arash Muhamad
Fazlina Rauf
Karl Shafiq
Sidang Media
Pengarah Esma Danial
Kami menyokong Filem Zaiton ceritaku.
P/S : Apa yang berlaku pasti ada hikmahnyaa :))

↧
(GAMBAR) Live from Beijing | Great Wall


Wee ~~Salam dari Beijing uolss. Akhir nya semalam kami dah naik ke great Wall. Salah satu yang menjadi kebanggaan China. Panjang nyer 6,300km dan disiap kan dalam masa 2,000 tahun. Fuhh !!! gigih tau kitaorang naik bukit yang tinggi itu. Dari bawah, dah terfikir boleh ke naik sampai atas nie. Tapi bila tengok ada orang tua siap bertongkat boleh naik, tak kan kita yang muda tak boleh kan. So, dengan berbekalkan doa. Kitaorang berjaya sampai ke atas. Tapi xde ler sampai hujung sebab masa yang di bagi cuma 2 jam.
So,, apa kata korang layan gambar dulu. YY nak turun berkpes nie. Hari nie nak pergi lagi beberapa tempat. Cuaca agak sejuk kira-kira 15 darjah celsius. Dan yang buat lagi sejuk sebab pagi nie ujan.
Great Wall here we come
Aksi Wajib .
Pemandangan
Maintain Ayu sebelum naik Great Wall
Tiket naik ke Great Wall
May - Pemandu Wisata Kami ( Tourist Guide )
Muka Budget boleh naik sampai hujung
Letiih woo,.. Baru naik suku jaa.
Oppa Jahanam Style @ Beijing
Rindu Malaysia
Klau boleh nak terbang naik, tak perlu mendaki
P/S : China Facebook kena Block, so layan gambar kat sini dulu yerrr.
↧
Tips Penjagaan Rambut bagi pemakai Tudung

Percaya atau tidak, penjagaan rambut bagi wanita bertudung bukan sekadar terhad kepada pemilihan syampu yang sempurna namun fabrik tudung kita juga memainkan peranan penting. Udara yang minima ketika bertudung juga mampu merosakkan rambut kita. Wanita yang bertudung perlu menjaga kesihatan rambut. Jika tak jagapenjagaan rambut akan berbau, kusam, sugul dan tidak bermaya. Walaupun kita bertudung, pastikan rambut kita sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:
1. Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala korang.
2. Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya korang begitu namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung korang semakin sukar rambut korang bernafas.
3. Janganlah memakai anak tudung yang terlalu tebal atau berlapis-lapis kerana ini akan membuatkan rambut sukar untuk bernafas dan mudah lembab dan berbau.
4. Jika korang memakai tudung, sebaiknya potong rambut korang pendek dan biarkan ia lepas mengurai. Jika ingin mengikat rambut, janganlah terlalu ketat. Pilihan terbaik jangan simpan rambut korang melebihi 60sm.
5.Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal.
Selamat mencuba!!!!

↧
↧
Cerita Yana Yassin dan Fazura Gojes
Assalammualaikum,
Wee ~~ lepas jer YY letak Video dari Miss Fazura Gojes kat sini. Ramai rupanya peminat Fazura yang sangat humble dan tak sombong nie. So, saje lah nak share dengan korang gambar-gambar di kesempatan YY bertemu dengan pelakon Fazura yang gojes.
Masa nie Fazura , Maya Karin dan Fara Fauzana belanja tengok wayang citer ombak rindu. Memang meriah panggung bila ada yang terperasan pelakon utama ada sekali dalam panggung. Semua duk pakat tepuk tangan gituee. Best3x.
Di Anugerah EH, memang tak nafi Miss Fazura memang best. Baik hati sangat. Sanggup tunggu punya ramai peminat yang nak bergambar dengan beliau. Daripada seorang pelakon yang nyombong bebenor . Nak tahu kisah pelakon sombong itu ada kat SINI. Malam Anugerah EH , Fazura menang Anugerah Selebreti Wanita Paling Bergaya.
Dan yang terbaru jumpa di Majlis Tayangan Ekslusif Filem Zaiton Ceritaku. Walaupun tak berlakon dalam Filem nie, tapi Fazura datang bagi sokongan. Memula sampai, ramai media beria nak amik gambar dia tapi secara baik Fazura kata xnak over shadow pelakon-pelakon Zaiton Ceritaku tapi tetap posing untuk pihak media snap picture gojes dia. Siap tunggu sampai habis pc tau, selalu nya lah yang YY pasan kalau artis yang tak terlibat dengan Filem yang di tayangankan, memang tak lah diorang nak tggu sampai habis. Bagus lah Fazura, boleh lepak lama-lama. Borak2, siap buat lawak gelak-gelak lagi. Memang tak nafi Fazura langsung tak sombong. Sesape yang amik gambar dengan dia, comfirm Fazura yang ucap terima kasih dulu. senyuman? memang tak lekang dari bibir.
P/S : Gojes dan ramah, Bagus lah.
↧
( Live from Beijing ) | Makanan Halal

Wee~~ masih lagi cerita dari Beijing. Kali nie nak cerita pasal Pakej Muslim yang YY dan kengkawan amik. Pakej yang kitaorang dapat nie, merangkumi hotel , makan , pengangkutan , berjalan dan melawat termasuk shopping dan tourist guide sekali. Kira senang sangat lah sebab semua nya di uruskan. Harga pakej, memang murah. Bak kata orang berbaloi-baloi.
So, korang nak tengok apa menu yang paling kerap di makan oleh YY dan kengkawan. Tak kira restoran muslim mana yang di bawa, harus ada lauk-lauk nie. Nasi sudah pasti. Cuma biasa lah, makanan versi chinese style haruslah takde rasa sangat. Tawar dan kurang pedas. Nasib ler kita orang memang dah standby sambal ikan bilis dan cili padi bawak dari Malaysia.
Meh tengok makanan yang kita orang makan di Beijing niee.
Telur Dadar, hari-hari. Comfirm makin bertelur pipi nie bila balik Malaysia.
Giler wei, rindu nak makan nasi lemak , roti canai , Mee goreng mamak , McDonald , KFC . Eeee~~ semua lah makanan yang ada kat Malaysia. Tinggal 2 hari jer lagi kat sini. Cuaca agak sejuk. Habis bibir semua merekah. Kulit pun kering. Nampak cam panas, tapi sejuk sangat.
Di Stadium Olympic Beijing
P/S : Rindu makanan Malaysia konon, padahal bagi makan apa pun blasah ja. Muhahahhaha.

↧
Mega GiveAway www.yanayassin.com | Ole-ole dari Beijing

Wee ~~ Salam dari Beijing korang. Saje lah nak bagi tau lagi 2 hari jer YY akan berada di Beijing nie. YY dah beli ole-ole dari Beijing tau. Korang dah joi belum Mega GiveAway YY . Ada banyak hadiah tau. Jom lah ajak kengkawan reramai menjoinkan diri. Lagi ramai, lagi lah meriah kan.
Detail tentang MegaGiveAway SINI.
Mampu pegang tiang jerk, Kawasan mahal oiii . macam Bukit Bintang lor.
Jom3, masih ada masa lagi korang nak join Mega GA nie. Mungkin akan ada pertambahan hadiah. Mana tahu masih ada yang sudi nak sponsor hadiah kan.
P/S : Esok ada lagi 2 tempat untuk shooppig. Yahuuuuuu !!! kopak. Muhahahhaha.

↧
Petua Awet Muda Cara Islam


Muka korang biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Urutkan wajah korang dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari korang ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah korang dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur
~~`` Selamat mencuba korang ~~~

↧
↧
Tips - tips Percutian ke Beijing | Muslim Pakej

Wee ~~ korang pun sedia maklum yang YY bercuti ke Beijing. Now nak citer kisah percutian nie dari mula. Pagi esok kul 2.05 pagi adalah penerbangan balik ke bumi tercinta Malaysia. Memang betul kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri uolss. Rindu makanan Malaysia. Rindu Family kat Malaysia. Rindu teman-teman kat Malaysia. Padahal baru seminggu kot. Sebab, tak tahan hari-hari kena makan telur dadar. Muhahhahaha.
Perancangan secara tak sangka nie bermula selepas kitaorang bercuti ke KOREA tahun lepas. Balik dari negara K-pop tue, AA buat promo flight. So, apa lagi keje angah lah membooking. Tetiba angah msg, Ok DONE next year kita ke Beijing, Mahu naik tembuk besar China lah. Tiket Flight dalam RM 900++ untuk pergi dan balik.
Kisah nya masa booking, memang takde flight direct ke Beijing, jadi kitaorang akan turun di Tianjin, dan ICT Travel akan pickup dari situ dan bawa ke Beijing. Bila AA buat direct Flight ke Beijing, AA telah mengubah jadual penerbangan. So, kitaorang dah kurang sehari dari masa asal 7 hari. Ada hikmah jugak, sebab 6 hari pun dah panjang kalau di Beijing nie. Sampai May si pemandu pelancong tak tahu dah nak bawa kemana .
Bermula dari booking tiket lah kita orang bermula aktiviti mengumpul duit. Bila nak bercuti, harus lah pakai duit kan. Kebetulan angah ada contact dengan Muslim Pakej direct terus dengan orang kat Beijing. We all tak guna orang tengah pun. Jadi jimat sikit lah. Sebab bila survey dekat Matta Fare dengan 7 hari memang takkan jumpa yang bawah 1K . Agak mahal yaa. Kalau murah pun, pakej yang kena campur dengan orang lain naik bus.
May , pemandu pelancong kitaorang yang baru 7 bulan belajar bahasa Indonesia. Kamus sentiasa di bawa.
Harga yang kami dapat dari ICT Travel, Muslim Pakej
cuma USD220 untuk 6hari , 6malam ( RM 600++)
Dalam pakej termasuk :
* Hotel dengan kemudahan internet.
* Sarapan , Makan Tengahari dan Makan Malam di Muslim Restoran.
* Solat di masjid sekitar Beijing.
* Pengangkutan sebuah van termasuk pemandu dan pemandu pelancong berbahasa indonesia. ( Tak campur dengan pelancong lain, hanya kami berempat )
* Dibawa melawat tempat-tempat menarik dan membeli- belah .
* Jadual lawatan yang flexibel, boleh bertolak -ansur.
Yang best sebab kita tak campur dengan orang lain. Bukan tak best kalau campur dan beramai-ramai naik bus nie. Cuma leceh kot nak jaga reramai, nanti banyak sangat kerenah. Puas hati lah dengan perkhidmatan dari ICT Travel nie. Dan kalau korang nak tahu, sebenar nya kebanyakkan Travel Agency di Malaysia menggunakan kan ICT Travel nie, sebab Ini adalah Agency terbesar di Beijing yang ada Pakej Muslim. Owner nya memang seorang muslim. Kira Travel Agency di Malaysia dapat untung atas angin ja. Amik komisyen.
Harga yang kitaorang dapat untuk penerbangan dan pakej muslim 6hari , 6malam lebih kurang RM 1,500 ++ .
Muncung itik, muhahahhaa.
Tips-Tips bercuti di Beijing .
1. Bawa baju bersesuai mengikut musim , masa YY pergi nie musim sejuk. Suhu antara 10 - 20 darjah celcius. kalau bole bawa sarung tangan and pakai long john sbgai pemanas badan..
2. Jangan terus percaya dengan harga murah yang di tawarkan ketika membeli - belah. Cuba untuk kurang kan sehingga 80% dari harga yang di tawarkan. Kalau tak bagi, buat-buat nak pergi. Mesti diorang kasi punya. Ada sesetengah kedai sahaja yang tak kisah kalau kita taknak beli.
3. Jangan tawar-menawar dah dapat harga korang nak, dah tue x jadi beli. Memang diorang akan marah. Kebanyakkan penjual agak kasar dan pembengis.
4. Bawak memory card standby, sebab korang akan amik gambar yang banyak. Cam kitaorang balik bilik, terus transfer kat lappy. Kalau tak memang tak muat untuk sepanjang percutian hanya 8G memory card.
5. Bawak cili padi, sambal ikan bilis , maggie dan milo 3 in 1 sewaktu dengan nya. Takut tak kena selera dan tak kenyang jer makan di Beijing nie.
6. Masa kitaorang nie panjang, sebab dah book flight baru cari pakej ground. Sebenarnya masa untuk lawatan di Beijing cuma 5hari 4 malam jer. So, macam kitaorang nie masa panjang, masa lawatan agak santai dan tidak terkejar-kejar.
7. Bawak botol air kosong sepanjang berjalan di Beijing, sebab memang takde paip air yang disediakan dalam tandas diorang.
8. bawak lotion secukupnya sebab kulit akan mudah kering dan mengelupas sbb cuaca kat sini sangat sejuk. ( musim sejuk )
9. bawak baju tebal sekurangnya 2 helai , seluar jeans pon kalau bole pakai yang jenis penebat haba..( kat uniqlo-klcc banyak baju/sluar yg sesuai ngan suhu sejuk )
10.Tak perlu risau if naik tren dan x pasti dah sampai kat stesen mana, sebabnya setiap kali tren berhenti akan ade lampu berkelip di nama stesen yang tren berhenti.. so senang crite kena berdiri betul2 dekat ngan pintu tren untuk tau stesen mana yang dah sampai.
11. lagi tips,..... akan di tambah bila ingat. :)
P/S : ada sesape yang plan nak bercuti ke??

↧
Maybank2u Perbankan Gaya Hidup Moden Masa Kini
Assalammualaikum,
Weee ~~ korang tahu apakah itu Maybank2u . Comfirm ramai yang dah tahu kan. Tapi ada jugak yang masih blur, cam compius je apakah Maybank2u kan. Dalam kecanggihan teknologi sekarang, Masa itu emas. Jadi Maybank2u adalah jawapan bagi korang yang sentiasa sibuk.

Ini adalah masa nya untuk kita mengenali sesuatu yang memudahkan kerja seharian. Bila guna Maybank2u, banyak benda yang korang boleh selesaikan dengan mudah. Terutama urusan perbankan dan membayar bil. Semua nyer hanya du hujung jari. Tak perlu lagi korang nak pergi sampai 10 tempat nak uruskan semua, nak merdah kesesakan lalulintas dengan masalah parking lagi.Lepas tue nak mengada kaunter yang mungkin ramai orang , kan dah banyak masa terbuang tue. Dengan Maybank2u semua masalah selesai dengan mudah.
Hidup akan lebih mudah dengan hanya satu klik sahaja . Maybank2u lah jawapan nya.Perbankan internet dan e-dagang telah lama diperkenalkan, tapi masih ada yang tidak mengetahui kegunaannya secara keseluruhan. Sistem perbakan digital menyediakan aplikasi yang mudah , pantas dan percuma. Urusniaga , pembayaran pinjaman dan perkara-perkara kewangan lain boleh dilakukan tanpa perlu menggunakan apa-apa tenaga fizikal mahupun tenaga mental. Penjimatan Masa dan perbankan digital memberi faedah yang besar.
Rakyat Malaysia juga kini menyedari faedah perbankan dalam talian. Dengan cara semasa hidup di mana pengantaraan sosial dalam talian adalah menjadi tren di kalangan belia negara, perbankan internet melihat peningkatan dalam kepenggunaan daripada ia mempunyai sebelumnya. Jelas, mereka bersungguh-sungguh menyesuaikan diri kepada ciri-ciri perbankan dalam talian untuk memudahkan jelas dalam melakukan banyak hal kewangan serentak. Sama ada transaksi, penyata, laporan atau membeli-belah dalam talian.
Memberi contoh bagi dua orang bernilai perbankan digital, Daniel Tok adalah penyokong e-perbankan yang telah memeluk sistem sepenuhnya. Beliau merasakan bahawa ia telah meningkatkan gaya hidupnya yang lebih baik."Saya berasa perbankan digital telah benar-benar berkembang dan berkembang untuk memenuhi keperluan kita sebagai pelanggan" kata tahun 33 lama menyokong pengurus IT. "Bukan sahaja ia menyediakan perkhidmatan yang cepat dan serta-merta, tetapi ia benar-benar adalah satu penyelesaian yang mudah bebas untuk saya kerana saya pejabat yang terikat dalam kerja saya. Ia menyediakan kemudahan penuh dan menyelamatkan saya banyak masa, terutamanya kerana saya tidak lagi perlu menghabiskan minit berharga memandu melalui lalu lintas yang tidak berkesudahan atau mencari tempat letak kereta hanya untuk melakukan apa yang saya perlukan di bank ".
"Saya fikir penggunaan perbankan online adalah begitu meluas kerana mereka telah tinggal yang relevan kepada pengguna" Mervin Dass, kata seorang eksekutif akaun. "Berada dalam talian saya kerja, saya dapati perkhidmatan dalam talian mereka begitu mudah dan ia begitu cepat menyesuaikan diri dengan gaya hidup saya, terutamanya dengan memudahkan pembayaran balik pinjaman, laporan penyata kewangan dan pemindahan dana". Beliau menambah, "Hari ini, saya menggunakan keseluruhan perkhidmatan daripada membayar bil-bil dan cukai, untuk membeli-belah dalam talian dan membeli tiket untuk filem atau penerbangan. Proses mereka adalah user-friendly dan saya boleh berurusan dengan keperluan perbankan saya dengan hanya satu klik tetikus! Tidak beratur lebih untuk saya! "
Vasenta Selvanayagam, seorang penulis dalam talian adalah seorang mukmin yang kuat perbankan digital. "Perbankan Online adalah seperti alat yang praktikal untuk saya, keluarga dan rakan-rakan saya. Ia memudahkan tekanan dalam hidup saya kerana saya tahu saya boleh bergantung kepada ia untuk membawa saya melalui hari saya. Saya rasa seperti saya disambungkan ke dunia menggunakan sistem "katanya.

Daniel menyatakan bahawa seberapa banyak perbankan digital dan e-dagang semakin berkembang dan popular, ramai yang masih tidak sedar kemudahan, bersama-sama dengan kesan bahawa ia telah. Satu contoh yang beliau menekankan bahawa orang menyedari kemudahan e-filing cukai pendapatan mereka, tetapi tidak menyedari bahawa mereka boleh membayar jumlah tertunggak mereka secara online melalui sistem.
"Terdapat banyak ciri-ciri bahawa perbankan digital kepada pengguna yang benar-benar boleh meringankan masalah mereka perlu berlari untuk melakukan urusan tugasan mereka" katanya. "Lapisan di bank adalah satu perkara yang telah lalu. Mengapa perlu pergi melalui semua masalah yang berada di 10 tempat-tempat yang berbeza untuk melakukan 10 perkara yang berbeza, apabila mereka boleh mengakses semua yang mereka perlukan cuma klik butang! "Katanya.
Perbincangan perbankan internet berdasarkan kesan pengguna menunjukkan bahawa perbankan internet mencerminkan keperluan pengguna untuk mengendalikan perkara-perkara tentang wang dengan cara yang cepat, mudah dan akhirnya selamat. Cukup menarik, ia juga mencerminkan budaya berteknologi tinggi dan gaya hidup yang kita hidup masuk Ia menggesa kita untuk mengakui bahawa perbankan online adalah cara ke hadapan dalam menggerakkan diri kita untuk memenuhi masa depan dalam pandangan revolusioner untuk kebaikan kualiti kehidupan kita .
Mari ke Maybank2u.com.my
P/S : segala benda di hujung jari sekarang.

↧
Pemenang Pertama MTV Pimp My Ride | Celcom Whatchuwant
Assalammualaikum,
Weee ~~ akhirnya sudah ada pemenang. Pemenang ?? Apakah ?? Alah, mest korang ingat lagi kan. YY ada citer pasal Whatchuwant Pimp My Ride. Pakej terhebat dari Celcom yang boleh kasi korang impian jadi kenyataan. Impian memiliki kereta idaman gituee.
So, now dah ada pemenang. Tahniah kepada Mohd Zariq kerana telah menjadi pemenang pertama Whatchuwant Pimp My Ride. Berasal dari Kuantan Pahang, memang tak sangka telah menjadi pemenang yang kereta nya akan di ubahsuai.
Mohd Zariq memula saje lah kan langgan Whatchuwant pilihan untuk penjimatan. Dengan hanya mendail *128# dan pilih pakej penjimatan yang diinginkan dan tak disangka-sangka pengacara Pimp My Ride Malaysia telah menerjah rumahnya. Tahniah dan bertuah sungguh Mohd Zariq, dah ler guna tipon boleh jimat, siap menang lagi kete untuk diubahsuai.
Kereta yang selalu digunakan oleh Mohd Zariq adalah kete ayahnya yang selalu digunakan untuk ke kolej dan menjalankan perniagaan menjual produk kesihatan . Kereta lama yang diubahsuai mengikut pilihan idaman pasti membuatkan Mohd Zariq teruja , berasa bangga dan tidak malu lagi membawa kereta ke kolej atau bersiar-siar. Tak sia-sia lah ayahnya menghadiahkan kereta lama tue kepada dia, sebab lepas nie kereta itu akan menjadi bualan ramai kerana dapat masuk MTV Pimp My Ride yang pertama di Asia. Kira orang kampung pun berebut nak naik kot sebab kete dah cun melecun.. Muhahhahaha.

Mohd Zariq dan kereta hadiah dari ayahnya

Kereta Mohd Zariq di Pimp My Ride

Sedang di ubahsuai

Bagaimana Hasilnya nanti yaaa.
Kenderaan Zariq akan mendapat pembaikan penuh dan diubahsuai menjadi kelihatan seperti kenderaan baru. Apa agaknya hasil pengubahsuaian kereta Zariq nanti?
Untuk mendapat jawapannya, kenalah tonton episod pertama MTV Pimp My Ride Malaysia.
Inilah pemenang pertama Pimp My Ride
Mohd Zariq bersama pengacara MTV Pimp My Ride - Altimet
Haaa, jeles tak ,.. Jeles tak. Harus lah jeles kan. Sape tak nak kete diubahsuai cam kete baru dan jadi lebih menarik kan. Percuma lak tuee. So, jangan sedih eh. Masih ada peluang untuk korang menang. Apa lagi, jangan buang masa, cecepat dial *128# dan pilih penjimatan yang sesuai dengan penggunaan tipon korang. Ada 6 pilihan iaitu Surf Pack, Talk Text Surf Pack, Talk Text Pack, Talk Surf Pack, Text Surf Pack and Fun Pack .

Gajet berjumlah RM10,000 juga menanti pemenang setiap hari! Jika korang ingin menjadi pemenang bertuah dipilih menyertai MTV Pimp My Ride Malaysia bersama Altimet dan MTV VJ Rich, pastikan sentiasa mendapatkan maklumat terkini di www.xpax.com.my dan halaman Facebook Xpax (http://facebook.com/Xpaxfb) untuk pengumuman pemenang.
Korang pasti tidak mahu terlepas peluang untuk mendapat pengubahsuaian kenderaan dan keluar di kaca TV bukan?
Ikuti langkah mudah berikut untuk sertai Whatchuwant dan perpeluang untuk menang:

Langkah 1: Dail * 128 # untuk mengakses menu Whatchuwant
Langkah 2: Pilih Pek Whatchuwant bagi tawaran istimewa. Tekan 1 dan hantar.
Keluarkan telefon korang yang canggih tue, Tekan * 128 # dan Dial . Korang semakin hampir untuk mendapat pilihan whatchuwant seperti panggilan , melayari internet , pesanan ringkas dan pelbagai lagi.
Yeaaah, hanya dengan menekan * 128 # dan Dial, Hadiah bernilai RM10,000 dan PIMP MY RIDE bakal menjadi milik korang. Apa tunggu lagi. Langgan lah sekarang.

↧
Fakta Menarik tentang Beijing
Assalammualaikum,
Weeee ~~banyak benda menarik yang YY dapat tahu atau belajar sepanjang berada di Beijing nie. Meh share dengan korang eh. Mana tahu boleh jadi panduan tuk korang yang teringin nak ke Beijing atau bekerja di Beijing mungkin.
1. Beijing ada 28 Juta Penduduk, dan 20 ribu penduduk Muslim.
2. Kerajaan Beijing ada mengamalkan hari-hari tertentu kereta tidak boleh berada di jalan raya. Contoh nya, plat kereta no terakhir 1 dan 6 pada setiap isnin bulan berkenaan , tak boleh berada diatas jalan raya. Dan harus menggunakan pengangkutan awam. Jika di tangkap akan di saman sebanyak RMB200.
3. Harga rumah di Beijing di kategori kan antara yang termahal di dunia, dikira mengikut kaki persegi. 1meter persegi sama dengan RMB30,000 ( RM15,000) Termasuk sewa rumah, turut di kira mengikut meter persegi iaitu 1 meter persegi = RMB1,000 . Kalau ada rumah sewa, ibarat tak yah keje dah kalau duk Beijing nie. Sebab boleh kutip sewa jerrk. Giler mahal kan harga rumah dan sewa di Beijing.
4. Harga kereta buatan China murah di bandingkan dengan buatan luar iaitu kalau kete kechik lebih kurang RMB30,000. Kalau duit Malaysia dalam RM15,000. So far sepanjang YY di Beijing paling banyak nampak penduduk Beijing menggunakan kereta Wolkswagon.
5. Teksi kat Beijing mahal. Buka pintu jer dah RMB12 (RM6) untuk 3 km pertama. Dan kilometer berikutnya, 1km – RMB3 (RM1.50) . Selepas 15km – akan naik jadi 1km –RMB4 ( RM2 ). So, lagi jauh perjalanan, lagi mahal lerr.
6. Hospital pun mahal, kalau demam pun sekali pergi dh RMB1,000( RM500 ) . Jadi ada pepatah China “Biar takde duit xpe , tapi jangan sakit”.
7. Kesesakan lalulintas di Beijing agak melampau. Kalau YY lah yang kena menghadapinyaa, mahu muntah darah. Muhahahaha.
Kesesakan lalulintas di Beijing, Adalah pemandangan biasa setiap hari.
8. Setiap pasangan suami isteri di Beijing hanya boleh ada seorang anak berkuat kuasa dari tahun 1979 . Jika lebih akan didenda yang sangat mahal.
9. Kaum minoriti seperti Muslim di Beijing boleh 2 orang anak.
10. Jika melahirkan anak kembar, tidak akan didenda.
11. Jika lelaki tunggal berkahwin dengan perempuan tunggal , boleh mempunyai 2 anak tetapi selepas 5 tahun dari kelahiran anak pertama.
12. Subway atau keretapi bawah tanah tambang cuma RMB2 ( RM1 ) ke mana-mana destinasi. Tak kira jauh atau dekat. Sangat murah ya.
13. Tandas awam di Beijing tidak perlu bayar dan semuanya percuma. Cuma biasalah , mana ada paip air. Main pakai tisu ja. yang xleh terima orang Beijing nie x suka kunci pintu tandas. Membuang selumber je. Banyak kali lah terkena buka-buka pintu ada orang dalam tandas buat ‘aktiviti’ sambil main phone. Tapi diorang memang x kisah pun.
14. Kos untuk menguruskan kematian sangat mahal , kalau sakit, kos berubat d hospital pun sangat mahal termasuk hospital kerajaan . Jadi ungkapan popular di Beijing. “ Di Beijing hidup pun duit , mati pun duit . Baik mati terjun laut “.
15. Airport Beijing nie kechik jer. So, kalau korang ada duit lebih memang xdpt lah kalau ada niat nak habiskan kat Airport. Sebab xde apa yang menarik di jual pun.
Ok, buat masa nie, ini shaja yang YY ingat. Nanti kalau ada yg terjengah kat kepala, YY tulis lagi yaaa.
P/S : Jom JOIN MEGA GA YY,
masih ada masa lagi yaaa. Banyak hadiah menarik. :)) . Termasuk ole-ole dari Beijing tau.
↧
↧
(VIDEO) Gigih untuk mendaki Great Wall di Beijing

Weee ~~ selepas pelbagai cerita pasal Beijing. Apa kata korang layan Video YY dan teman masa nak naik Great Wall. Memula cam kuat sangat nak naik tinggi. Last2 dua tembok jer lepas. Muhahhahaha.
P/S : Tengah gigih edit gambor makan di Beijing pulak. Tungguuuuu yaaa :))

↧
Skyfall dengan Blogger

Wee ~~ hari tue kan, YY kan berpeluang tengok Skyfall tajaan Advertlets . Terima Kasih lah kat BroFramestone si blogger otai lagi pemes yang bakal bernikah Jumaat nie. Sangat beruntung dapat menonton bersama geng blogger . Habis 1 panggung telah di booking untuk para blogger menikmati suasana berdebar tengok James Bond selesaikan masalah.

posing dulu di kaunter tiket
Dah macam reunion blogger plak bila memasing reramai menonton wayang. Meriah uolsss. Past nie hope ada lagi, dan boleh kekenal dengan lebih ramai blogger. Tq Bro sebab invite YY tuk tontonan kali nie.
Sebenarnya YY tak ikuti sejarah Filem James Bond nie. So, agak blur jugak memula. Baru YY tahu, walaupun hero nampak dah tua, masih boleh beraksi uolss. Matanya yang biru tue, auwww buat nampak comel lah. Korang yang memang follow dari awal Filem James Bond nie memang elok sangat lah pi tonton. Masih ada kat wayang eh. Sempat lagi nak ajak insan tersayang pi menonton.

P/S : Past nie ada Filem lagi, jangan lupa ajak YY lagi ya Bro. :))

↧
Pesanan Johan Raja Lawak buat Korang :P

Weee ~~ Hari tue kan, YY berpeluang menonton Preview Filem Pontianak vs Orang minyak yang akan menerjah panggung 22 November 2012 nie. Filem lakonan Nabil dan Johan Raja Lawak. Meh korang dengar apa amanat Johan buat pembaca Blog YY . Harap korang suka yaaa. Filem hasil buah tangan Afdlin Shauki pengarah yang banyak menghasilkan Filem-filem hebat :)

↧