Assalammualaikum,
Weeee ~~~ weekend yang lalu kan, YY kan , berpeluang untuk sama – sama dengan kengkawan blogger dan petronas untuk memeriahkan acara Sentuhan Kasih Petronas di Kampung Wellington , Manjung Perak. Ini adalah sedikit sumbangan YY sebagai blogger dalam acara gotong – royong dan memberi sumbangan kepada penduduk kampung sempena Deepavali yang lalu.
Seawal pukul 5.30 pagi YY dah terpacak dekat KLCC, depan pintu yang ada kete F1. Gigih sungguh , padahal pagi tue hujan selebat-lebatnya. Kalau tido memang syiok sangat lah. Tapi demi aktiviti kemasyarakatan , YY tetap bangun dan penuh semangat. Walaupun mata dah macam panda. Muhahhahaha. Sesampai jer, YY dah nampak kengkawan blogger seperti Melastik Bintang , Aku Biomed , EzzyIzzuddin , Ariff Shah dan Shakiddo . Heh !! baru YY pasan, dalam geng blogger yang dah biasa jumpa nie, YY sorang jer pompuan tau. Auwww, nasib lah selumber jer xde malu sangat nak bergaul.
Dalam Bus, baru nak gerak.
Sepanjang perjalanan hujan jer, so blasah tido lah dalam bus. Bus dari Kopetro memang selesa sangat. Comfirm2 lah tido nyenyak, tak henggat donia. Perjalanan 3 jam dari Kuala Lumpur tak terasa pun. Nampaaak, betapa selesa nya bus Kopetro. Tq Bus Kopetro, bawak kitaorg ke Manjung dengan selamat dalam cuaca hujan.
Kami dah sampai kampung Wellington
Sesampai jer di Kampung Wellington, kami di tugaskan untuk membersihkan sampah sarap yang ada disekeliling kawasan perumahan. Segala sampah – sarap , plastik , botol – botol di kutip dan di letak kan di tempat sampah yang sepatutnya. Bila keje di buat secara gotong – royong, memang kejap jer siap.
Bergotong – royong membersihkan kawasan Perumahan.
Kami lah Blogger yang gigih bergotong – royong.
Kemudian kami beramai – ramai menyaksikan VVIP mencuba untuk menggoreng kuih vadai yang di buat menggunakan kacang putih. Meriah tau, bila VVIP Datuk Mohammad Medan Abdullah, Senior General Manager Group Corporate Affairs Petronas mencuba menghasilkan Vadey.
Acara memasak Vadai oleh VVIP
Dah masak, mari kita makan. Yummeeeehh !!!
Sempat jugak YY beborak dengan Makchik Kamala yang pakar dalam buat Vadai nie. Kira jadi wartawan kejap lah. Lebih kurang macam nie lah soalan nyaa .
YY : Makchik , apa perasaan makchik bila Petronas buat Program kat sini ?
MK : Saya sangat suka, jarang program macam nie berlaku di kampung nie. Petronas memang bagus, sebab pilih ini kampung untuk program sempena Deepavali. Budak-budak pun suka sebab banyak aktiviti yang dibuat. Bila Dato' pun turun padang, saya sangat berbangga. Kita 1 Malaysia, program macam nie boleh eratkan lagi silaturrahim.
YY : Dah berapa lama Makchik buat Vadey nie ?
MK : Sudah lama, anak- anak pun suka makan. Sekarang anak saya Letchumy pun sudah pandai buat vadey.
YY : Terima Kasih Makchik, Vadey makchik sedaap.
MK : Owh, terima kasih, ( Sambil senyum )
* ayat di perbetulkan supaya korang faham yaa. Sebab makchik Kamala tak berapa fasih berbahasa melayu.
Lepas tue acara mengecat bangunan balairaya kampung . Warna asal putih, dan telah di cat dengan warna kuning supaya nampak lebih ceria dan menarik. Seperti biasa, bila keje yang di lakukan secara gotong – royong , kejap jer siap.
Acara kemuncak adalah, ucapan dari ketua Kampung dan VVIP dan di susuli dengan sumbangan kepada penduduk kampung yang berkelayakan. Kira duit raya lah, kata Deepavali baru jer lepaskan. Moga dengan sedikit sumbangan dari pihak Petronas, dapat menampung sedikit perbelanjaan keperluan harian. Dan akhir sekali, sebelum acara penutup sebuah persembahan tarian tamil dari para pelajar kebudayaan UTP di persembahkan. Memang kagum sangat, sebab ada dikalangan penari bukan lah dari berbangsa India, tapi mampu menari dengan baik sekali. Memang menarik dan membanggakan.
Ucapan dari Ketua Kampung dan VVIP
Bersama penduduk kampung yang menerima sumbangan.
Persembahan Tarian IndiaAlla Rippu dari Pelajar UTP
Pelajar - pelajar UTP turut gembira dapat menyumbang sesuatu dalam program kemasyarakatan camginie. Di samping belajar, boleh jugak membantu keluarga yang memerlukan dengan menjadi sukarelawan dalam program sentuhan kasih Petronas.
Ringkasan segala aktiviti yang diakan sepanjang Program Sentuhan Kasih Petronas :
1. Ceramah Kesedaran penyalahgunaan dadah oleh Pengasih dan Bulan Sabit Merah.
2. Aktiviti untuk kanak - kanak Kampung Wellington.
3. Acara memasak kuih traditional masyarakat India Masala Vadai dan Ulutham Vadai.
4. Mengecat dinding dewan orang ramai .
5. Persembahan tarian Indian Alla Rippu oleh pelajar Universiti Petronas Tronoh.
6. Melukis Henna
7. Menghias Kollam
8. Pameran Mini.
Selepas makan Tengahari, kami pun bertolak balik ke Kuala Lumpur. Seribu kenangan manis terukir indah di dalam lipatan kenangan sepanjang berada di Kampung Wellington. Terima Kasih Petronas kerana memberi peluang kepada YY dan kengkawan Blogger merasa menyumbangkan sedikit tenaga dalam Majlis Sentuhan Kasih Petronas ini.
Kami lah Blogger bertuah yang dapat bersama Program Petronas Sentuhan Kasih.
P/S : Bukan setakat menulis, Blogger jugak boleh buat aktiviti amal uolsss.