Quantcast
Channel: YaNa YassiN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 384

Pregnancy 101 : Bersalin dan Rawatan di Hospital Tentera Tunku Mizan

$
0
0

Assalammualaikum,


Hai korang . Nak citer kisah ward Bersalin Hospital Tentera Tunku Mizan, Wangsa Maju . Sepanjang proses kehamilan YY memang mendapatkan rawatan di HATTM bukan lah sebab suami YY seorang tentera , tapi selepas YY buat survey ramai yang kata Hospital Tentera nie bagus bahagian bersalin sebab yang handle pun Doc Pakar.


Bila YY dapat tau yang YY mengandung , masa tue check up kat Spital Al Islam Kg Baru , kebetulan darah YY ada masalah masa checkup tue. So Doc Al Islam ada tanya nak refer hospital mana ,senang citer nanti nak bersalin kat mana. Sekali terkeluar kat mulut YY Hospital Tentera . So Doc buat surat refer ke Hospital Tentera dan suruh YY pergi buat appoinment di O & G kat HATTM .


Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan


Masa YY tau mengandung , kandungan dalam usia 5 minggu. Keesokkan hari nya, YY ke Hospital Tentera konon nak buat appoinment lah kan ,  sekali kena tahan ward. Punca nya darah YY tak ok, kebetulan YY kena batuk teruk dan ada jangkitan kuman di peparu. So di tahan ward selama 9 hari untuk pemantauan doc. Best doc pakar kat ward bersalin nie, senyum jer . Muka manis. Kata En. Suami Doc Chelvi yang rawat YY tue pangkat Datin. Korang jangan pelik plak sebab Doc di Hospital Tentera nie memang pakai uniform tentera tau . Segak uolssss.


Ok dahhhh bebel . Nanti YY sambung lagi citer checkup mengandung.






Sebenarnya Boleh ke bukan dari Tentera , Bukan dari Kementerian Pertahanan , Bukan dari Keluarga Tentera dapatkan rawatan di Hospital Tentera ?????


Jawapan nyaaa : :


Kat sini YY nak bgtau kat korang , dan korang , korang yang tak faham tentang mendapatkan rawatan di Hopital Tentera . Sebenarnya BOLEH . Di ulangi yaaaa BOLEH . Kira kalau korang orang awam yang takde kaitan dengan Tentera boleh menggunakan perkhidmatan di Hospital Tentera ,


tapi dengan syarat ,


Mesti ada surat refer dari mana - mana klinik atau hospital .


Contohnya :

Korang ada masalah sakit yang di rujuk ke bahagian Orthopedik . Then korang rasa nak tukar buat rawatan di Hopsital Tentera . So, korang minta lah Doc di Klinik atau Hospital yang korang buat rawatan tue , rujuk kepada Hospital Tentera . baru korang boleh menerima rawatan di HATTM . PENTING surat refer sebab di HATTM hanya ada rujukan pakar dan di HATTM tidak ada rawatan pesakit luar, sure lah kena ada surat refer kan.  Kalau kakitangan kerajaan korang boleh guna GL, FREE ajerr rawatan nya . Kalau yang bukan kakitangan kerajaan kena lah bayar mengikut harga yang di tetapkan untuk perkhidmatan yang di terima .




Selsa kan Ward di Hospital Tentera nie.



Kalau kes bersalin plak, contohnya korang dah g buat rawatan kat Klinik memana lah kan macam Klinik Kesihatan Ibu dan Anak ( KKIA ) , so nanti bila nak bersalin korang boleh buat temujanji di Hospital Tentera untuk bersalin. Kena buat temujanji tau ,  guna GL sebab Hospital Tentera di kategori kan sebagai Hospital Kerajaan . takde GL , kena bayar lah kan .



So, jangan salah faham lagi yaaa. Kata Hospital Tentera hanya untuk “orang tentera” , siap ada yang marah – marah lagi konon Hospital Canggih tapi tak leh bagi rawatan kat orang awam . Kita kena faham , baru boleh nak komen kan.




Doctor Pakar pakai Baju Tentera yer uolsss



Ada sekali tue , kebetulan YY memang tengah ada urusan kat Kaunter Pendaftaran . Ada sorang kakak nie , kata bawak ayah dia tak sihat baru lepas kena stroke. YY nampak ayah dia duk atas kerusi roda macam lemah lah . Mak dia sedia menanti di sisi . Orang kat kaunter cuma tanya ada surat refer tak ? So, perempuan nie kata takde, jadi orang kat kaunter tue kata “Puan pergi mana – mana klinik , minta surat refer ke Hospital Tentera . “ Bila ada surat refer baru boleh buat pendaftaran nak buat rawatan di HATTM . Nampak tak ?? tak de pun orang kaunter duk tanya “keluarga tentera ke” ???




Inai masih di jari, walaupun dah 4 bulan kawin, gegara pakai inai pokok , Ye ke ???




Lain lah kes kecemasan , korang pergi jer terus ke kecemasan . In Sha Allah bantuan segera akan di beri . Kalau ada kes yang Hospital Tentera Tak leh nak tangani , Ambulance akan di sediakan untuk menghantar korang ke HKL . Yer lah, ada sesetengah kes yang Hospital Tentera tak sedia kan kemudahan rawatan, tetap spital tak leh terima korang sebagai pesakit kan. Kalau nak comfirm, better korang buat survey dulu . 





Salah Satu Sarapan di HATTM 



Yang Pasti , setakat nie dah 3 kali YY masuk ward bersalin kat Hospital Tentera memang selesa . Bersih . Tak serabut . Toilet cun . Nurse Ok. Doc Ok . Makan sedap . Ward dengan Labour Room sebelah jer , boleh jalan kaki sendiri tak yah nak berkerusi roda bagai masa nak pi bersalin. Maklum lah, masuk ward lama so ramai dah YY tengok yang bersalin , macam – macam ragam . Itu semua pengalaman bagi YY .


Untuk Makluman Lanjut berkenaan Hospital Tentera Tunku Mizan ::

Alamat :
Hospital Tentera Tunku Mizan
Jalan 4/27A
Seksyen 2, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Tel: +603 4145 4200
Fax: +603 4145 4777


P/S : Untuk Pengetahuan Semua .




Viewing all articles
Browse latest Browse all 384