Assalammualaikum,
Weeee ~~ apa korang buat weekend nie. YY tadi sempat lah join kengkawan blogger ker Rakaman Karot Komedia X musim ke – 2 . Takde benda nak buat kat rumah, so menerjah ke astro lah kita.
@Astro
Ramai jugak kengkawan blogger yang join. Karot Komedia X musim baru nie di buat secara rakaman untuk setahun punya episod. Terbaik kan. Memang lawak pelawak – pelawak nie spontan. Boleh buat berdarah tekak uolss.
Antara blogger yang hadir.
Bersama adik Lyssa Faizureen, antara blog yang YY banyak belajar tutorial masa memula nak buat Blog dulu. Terima Kasih banyak di atas segala tunjuk ajar melalui tutorial kat blog Lyssa. Memang berguna habis. Kecil Molek jer diaaa, ramah dan x sombong tau.
Peneman wajib YY, dah macam PA pulok setiap kali YY ke event. Tq Angah Nanie, sayaaaaaang angah ketat-ketat.
Rakaman dalam 1 jam lebih gak aaarr, sampai kering-kering tekak. Di tambah dengan kelaparan. Maklum lah, x lunch dah masuk studio. Bila time rest kan, ada lah sorang mamat nie akan buat – buat lawak, then kenakan orang. Sekali dia boleh panggil Blogger Ben Ashaari tuk di interbiu dan di kenakan. Sekali dia yang terkena laah. Apa kata korang layan video niee.
Selesai di Astro, YY dan Angah Nanie mencari destinasi untuk menternak lemak dan mencari penyelesaian untuk tekak yang kehausan. Fuhh !! destinasi nyer adalah ke Bandar Sunway dan melantak Steamboat. Puas hati sesangat. Balik rumah boleh senyum gembira weekend dihabis kan dengan aktiviti happy-happy.
Sekian,
P/S : Buat apa sedih – sedih, sebab hidup nie terlalu singkat.
Life Is To Short to Be Unhhappy.